Open top menu
Friday, November 7, 2014

Selalu kan bila kita terbayang pasal yang cantik2 ni...ayat yang selalu dipakai " Cuba tengok dia tu....cantiklah muka dia kan..!

Cantik kalau dengan wanita ni mana bisa dipisahkan...semua nak cantik..

So, nak cantik ni kesimpulannya mau kasik satu pakej penuh lah kan..maksudnya , wajah tu kenalah cun and then body tu mestilah slim gojes..macam tulah lebih kurang.

Body slim gojes tu macam mana pulak? haaa..cuba tengok gambar ni...nampak tak perut dia yang kempis dan rata...sure semua orang nak macam tu kan. Lumrah kejadianlah kan...wanita mestilah nak sentiasa tampil cantik. Seboleh-bolehnya kebanyakan wanita ni mahu elak daripada buncit dan mengharapkan ia kekal langsing.

Untuk sesiapa yamg ingin kempiskan perut, in fact kaum lelaki pun kalau ada yang berminat boleh cuba tau petua nie....

INI RAHSIA UNTUK KEMPISKAN PERUT....

Petua kempis perut 1

Ambil sedikit asam jawa dan bancuh di dalam gelas air panas. Biarkan semalaman. Esok paginya, minum air bancuhan asam jawa tersebut. Sebaik-baiknya amalkan setiap hari.

Petua kempis perut 2

Ambil sedikit daun lidah buaya. Masukkan dalam sebuah periuk dan tambahkan dengan air asam jawa. Didihkan bahan-bahan tersebut dengan api kecil sehingga pekat. Kemudian tutup api dan biarkan ia menyejuk dengan sendiri. Setelah dirasakan suam sedikit, lumurkan ramuan tersebut pada perut.

Petua kempis perut 3

Sediakan limau nipis dan kapur sirih. Perah air limau ke dalam piring atau mangkuk, campur dengan kapur sirih dan gaul hingga sebati. Lumurkan ramuan tersebut ke perut dan balut perut dengan sehelai bengkung. Lakukan setiap malam sebelum anda masuk tidur.
Tagged
Different Themes
Nadia Hanim Menulis

Saya Nadia Hanim bt Mohamad pengedar sah SHAKLEE anda no. ID 1095456. Jom CANTIK dan SIHAT bersama Shaklee (Selamat Mesra Alam dan Berkesan) bukan hanya sekadar MENJUAL SUPPLEMENT SHAKLEE tetapi berkongsi ilmu mengenai KEBAIKAN SUPPLEMENT SEMULAJADI.

0 comments

Popular Posts