Open top menu
Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts
Friday, November 21, 2014
10 tanda-tanda bersalin

Semakin  debar pulak bila kandungan dah masuk 38 minggu +++
Cepatnya masa berlalu...
Kurang 10 hari sahaja lagi dari tarikh jangkaan bersalin.
Macam2 perasaan bermain sekarang ni....walaupun ni nak masuk kali ke-4 pengalaman nak bersalin.
Setakat saya tulis entry ni apa yang dok rasa sekarang bahagian dari pinggang hingga ke punggung rasa sakit sengal2..tapi masih boleh kontrol lagi.

Ni saya nak share info tanda-tanda nak bersalin untuk semua bakal mommies kat luar sana..Sharing is caring ;-)

Meh kita buat persiapan awal dari sekarang!!!
Kalau dah ada salah satu tanda di bawah ni...cepat-cepat le ke klinik berhampiran tak pun terus jer ke hospital k...pesanan tuju kat diri sendiri juga ni..hehe.
Maybe yang pengalaman kali pertama mungkin tak tahu kan macam mana tanda-tanda nak bersalin ni...saya yang anak nak masuk 4 pun sentiasa kena refresh balik...update sokmo lah..sebab setiap anak ni org kata lain-lain pengalaman bersalinnya...so memang kena take note!
Semoga urusan kita dipermudahkanNya.



10 Tanda-tanda bersalin

Selepas usia kandungan sudah 38 minggu ke atas bolehlah bakal-bakal ibu memerhatikan tanda-tanda hendak bersalin. Di sini terdapat 10 tanda-tanda bersalin:

1. Kontraksi Rahim
  • kontraksi adalah rasa tegang pada perut, kadang-kadang bakal ibu akan berasa sakit di tengah perut sehingga ari-ari.Kontraksi akan berlaku semakin kuat dan dalam sela masa teratur. Sila lihat jam anda berapa selang masa berlakunya kontraksi. Jika dalam sela 5 minit dan mengeras 20 ke 45 saat. Sila ke klinik dengan segera!
2. Sakit Belakang
  • rasa sakit belakang di bahagian bawah dengan kerap.
3. Pecah Air Ketuban
  • keluar air jernih dari lahir, bagi saya pengalaman 2 orang anak sebelum ni memang melalui tanda ini...bila air keluar memang rasa suam2 panas dan memang banyak.
4. Lendir pekat bercampur darah
  • lendir ini merupakan pluk yang melindungi bayi daripada sebarang jangkitan. Sekarang pluk telah mula keluar dan bayi bersedia untuk bergerak ke bawah. Tapi bila dah ada rasa sakit (kontraksi kuat dan kerap ) baru ke klinik.
5. Serviks terbuka
  • hanya doktor yang boleh cek bukaan serviks, bila dah mencapai 10cm baru proses bersalin akan dimulakan.
6. Kerap terkentut
  • sesetengah wanita akan kerap terkentut....yang ni tak ingat dan tak perasanlah pulak saya...hehe;-)
7. Perut rasa memulas seperti nak buang air besar
  • disebabkan bayi telah mula bergerak ke bawah, ia turut memberi tekanan kepada saluran untuk buang air besar. Sesetengah wanita akan rasa ingin ke tandas dengan kerap sebab rasa nak buang air besar. Berhati-hati...kalau yang ni memang saya pernah rasa...dah nak masuk labour room wat hal bagitahu dekat pembantu doktor rasa nak buang air besar...tapi memang diorang tak kasik keluar dahlah.....siap cakap bukan awak nak buang air besar ni cepat sedia nak teran bagi keluar bayi awak.....!!
8. Kerap terkencing
  • akan kerap terkencing sebab bayi sudah mula bergerak ke bawah.
9. Perut kelihatan membuncit bahagian bawah, bahagian atas terasa ringan atau kosong.
  • menandakan bayi dah mula turun ke bawah. Jika anda rasa kontraksi yang kuat dan kerap, berjumpa doktor dengan segera. Diri sendiri sekarang sudah mengalami tapi masih belum rasa kontraksi yang kuat lagi.....siap sedia sahaja....
10.Berat badan berkurangan
  • berat badan akan berkurangan sedikit bila masa bersalin hampir tiba.
********************************************************************************

" Ya Allah ya Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang Maha memudahkan segala yang susah adalah mudah bagiMu...Ya Allah, sempurnakanlah kebaikan, dengan RahmatMu, ya arhamar Rahimin".

3 orang anak2 syurgaku....bakal menanti kelahiran adik mereka pula...insyaAllah!!


Read more
Tuesday, November 18, 2014
SURAH YASIN DAN FAKTA

Selama kita baca Surah Yasin dari kecil sampai ke tua, pernahkah kita faham tafsirnya dan memahami fakta sains di dalamnya yang membuktikan kebenaran agama Allah? Berikut merupakan tafsir dan nota fakta sains yang terkandung di dalam surah Yasin - ayat 33, 39, 40, 77, 80. Jom faham surah yang ramai boleh baca tanpa rujuk naskah ni

[1]Yaa, Siin.

[2]Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,

[3]Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus,

[4]Yang tetap di atas jalan yang lurus (ugama Islam).

[5]Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,

[6]Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.

[7]Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman.

[8]Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak.

[9]Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).

[10]Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya – mereka tidak akan beriman.

[11]Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa ia tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita yang mengembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia.

[12]Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.

[13]Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang tertentu) iaitu ketika mereka didatangi Rasul-rasul (Kami),

[14]Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: ` Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu ‘.

[15]Penduduk bandar itu menjawab: “Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang ugama yang kamu dakwakan); Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta”.

[16]Rasul-rasul berkata: Tuhan Kami mengetahui bahawa sesungguhnya Kami adalah Rasul-rasul yang diutus kepada kamu,

[17]“Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata”.

[18]Penduduk bandar itu berkata pula: “Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya”.

[19]Rasul-rasul itu menjawab: “Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau”.

[20]Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:” Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu -

[21]“Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk”.

[22]Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima ugama mereka? Maka jawabnya): “Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?

[23]“Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.

[24]“Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.

[25]“Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)”,.

[26](Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: “Masuklah ke dalam Syurga”. Ia berkata; “Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui -

[27]“Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan”.

[28]Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah ia (mati) sebarang pasukan tentera dari langit (untuk membinasakan mereka), dan tidak perlu Kami menurunkannya.

[29](Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi.

[30]Sungguh besar perasaan sesal dan kecewa yang menimpa hamba-hamba (yang mengingkari kebenaran)! Tidak datang kepada mereka seorang Rasul melainkan mereka mengejek-ejek dan memperolok-olokkannya.

[31]Tidakkah mereka mengetahui berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka? Umat-umat yang telah binasa itu tidak kembali lagi kepada mereka (bahkan kembali kepada Kami, untuk menerima balasan).

[32]Dan tidak ada satu makhluk pun melainkan dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).

[33]Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan kami), ialah bumi yang mati; kami hidupkan dia serta kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan.

Fakta - Pada peringkat awal, Bumi hanya merupakan sebuah bebola berbentuk batu induk yang tidak mempunyai apa-apa di atas permukaannya. Sebab itu ia dikatakan sebagai sebuah “planet yang mati". Perkataan “bumi yang mati”, dalam ayat ke-33 surah ini, jika ditinjau dari aspek yang khusus, merujuk kepada keadaan sesetengah kawasan yang gersang di gurun-gurun pasir atau di tempat-tempat yang dilanda kemarau. Di semua kawasan yang gersang itu tiada tumbuhan yang boleh tumbuh dengan subur. Bumi dan sistemnya dicipta oleh Allah s.w.t. Oleh itu Dia lebih mengetahui kepentingan tanah gersang dan tanah subur. Dia juga lebih mengetahui bagaimana hendak menukarkan tanah-tanah gersang itu menjadi tanah yang subur. Sebab itu, kita dapati di atas muka bumi ini banyak sekali tanah yang subur dan sesuai untuk digunakan sebagai kawasan pertanian. Kawasan subur ini terdapat di lembah-lembah, di dataran bukit dan di kawasan-kawasan rendah.

[34]Dan kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur, dan kami pancarkan padanya beberapa matair,

[35]Supaya mereka makan dari buah-buahannya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur?

[36]Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.

[37]Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;

[38]Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;

[39]Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya – (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.

Fakta - bukti bulan mengelilingi bumi

[40](Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.

Fakta - Matahari tidak duduk tetap seperti yang ditemui sains moden, ia juga mempunyai orbit dan beredar di dalam galaksi kita. Matahari menghabiskan 226 juta tahun untuk melengkap 1 kitaran. Sama seperti bulan mengelilingi bumi. perkataan beredar terapung-apung ditempat edarannya membuktikan kewujudan orbit bagi bulan dan matahari. Membuktikan Allah yang menciptakan alam semesta dan Allah telah memberitahu manusia dahulu fakta ini sebelum manusia menemuinya.

[41]Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat;

[42]Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya.

[43]Dan jika kami kehendaki, kami boleh tenggelamkan mereka; (kiranya Kami lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan, -

[44]Kecuali dengan kemurahan dari pihak Kami memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa.

[45]Dan apabila dikatakan kepada mereka: ” berjaga-jagalah kamu akan apa yang ada di hadapan kamu (dari urusan-urusan hidup di dunia ini), dan apa yang ada di belakang kamu (dari huru-hara dan balasan akhirat), supaya kamu beroleh rahmat”, (mereka tidak mengindahkannya).

[46]Dan (itulah tabiat mereka) tidak ada sesuatu keterangan yang sampai kepada mereka dari keterangan-keterangan tuhan mereka melainkan mereka selalu berpaling daripadanya (enggan menerimanya).

[47]Dan apabila dikatakan kepada mereka:” Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu”, berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): ” Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata”.

[48]Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): ” Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu)!”,

[49]Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang – (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing).

[50]Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang pesanan (wasiat atau lainnya), dan (kalau mereka berada di luar) mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya.

[51]Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya.

[52](Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): ” Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!,

[53]Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).

[54]Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun, dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan.

[55]Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan;

[56]Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin;

[57]Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki;

[58](Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.

[59]Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang yang kafir): “Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman).

[60]“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!

[61]“Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.

[62]“Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?

[63]“Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahannam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).

[64]“Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan!”

[65]Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.

[66](Matahati orang-orang yang menderhaka itu rosak) dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata, sehingga masing-masing menerpa mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui). (Kiranya dijadikan demikian) maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya?

[67](Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau kami kehendaki, kami berkuasa mangubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang.

[68]Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?

[69](Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;

[70]Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya), dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar.

[71]Tidakkah mereka melihat dan memikirkan, bahawa Kami telah menciptakan untuk mereka binatang-binatang ternak, di antara jenis-jenis makhluk yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami lalu mereka memilikinya?

[72]Dan Kami jinakkan dia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya menjadi kenderaan mereka, dan sebahagian lagi mereka makan.

[73]Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?

[74]Dan tergamak mereka menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah, (dengan harapan semoga mereka mendapat pertolongan (dari makhluk-makhluk itu).

[75]Benda-benda yang mereka sembah itu tidak dapat sama sekali menolong mereka, sedang benda-benda itu sendiri menjadi tentera yang akan dibawa hadir (pada hari kiamat, untuk memberi azab seksa) kepada mereka.

[76]Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.

[77]Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),

Fakta - proses kejadian manusia yang bermula dari air mani

[78]Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?”

[79]Katakanlah: “Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);

[80]“Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu”.

Fakta - Oksigen hanya dihasilkan dari fotosintesis iaitu dari tumbuhan hijau yang hidup (hijau basah - kerana di dalam daun mengandungi air). Daun hijau yg telah gugur secara automatik tidak menghasilkan oksigen). Sains juga membuktikan pembakaran memerlukan oksigen. Contohnya pembakaran di dalam silinder enjin dan api yang terpadam dalam ruang vakum. Hanya selepas 1400 tahun baru manusia dapat memahami ayat ini secara sains. Ayat ini juga boleh difahami dengan mudah semasa zaman ia diturunkan iaitu manusia dapat menghidupkan api menggunakan kayu yang datangnya dari pokok2.

[81]Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) – berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.

[82]Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.

[83]Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) – Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan

Sumber - http://www.niknasri.com/wp-content/uploads/2009/12/tafsir-surah-Yaasin.pdf

Jom share supaya ia menjadi pahala ilmu yang berterusan 



Read more
Sunday, November 16, 2014
Kenapa Aku Gemuk Lepas Start Bekerja



Ramai orang ingin turunkan berat badan cara mudah dan cepat. Tapi tak ramai yang faham kenapa berat mereka berlebihan. Jadi nak kongsi la sikit ilmu yang ada ni kan. Haaa..seram tak tajuk tu? hahaha...it sad but true. Persoalan ni timbul bila ramai tegur "eh, ko ni dah makin berisi aku tengok". "Mak  aih, baru 2 tahun tak jumpa dah kembang macam maggi dah kau". 

Dan kita start bertanya why? why? why? this is happening? hahaha. Cuba jawab soalan ni. "Adakah rutin harian 
anda melibatkan banyak aktiviti fizikal?". 90% akan jawab tak. Kebanyakan kita akan duduk di meja pejabat di dalam bilik ada aircond. Kita pelik kenapa badan kita makin bam bam sedangkan kita makan sama je kuantiti. macam zaman study dulu. Teruskan pembacaan jika nak tahu sebabnya.

Untuk menurunkan berat badan anda, apa yang paling penting adalah mengawal segala keperluan badan and we need to do some math!. Kira keperluan kalori badan, kira pengambilan kalori badan dan kira anggaran defisit kalori. Hari ini kita berlajar matematik!!!

Basal Metabolic Rate (BMR).

Mula-mula kita kira yang paling asas iaitu Basal Metabolic Rate (BMR). Bagi mereka yang tidak tahu BMR ini merupakan jumlah kalori minimum yang diperlukan oleh badan kita untuk hidup. Jumlah BMR setiap individu adalah berbeza bergantung kepada berat, tinggi dan umur.

Sifirnya begini....
BMR (PEREMPUAN) : 655 + (9.6 X berat dalam kg) + (1.8 X tinggi dalam cm) - (4.7 X umur dalam tahun)

BMR (LELAKI) : 66 + (13.7 x berat dalam kg) + (5 x tinggi dalam cm) - (6.8 x umur dalam tahun)


Paling mudah saya kirakan contoh BMR A supaya anda semua lebih faham pengiraannya. Contoh berat  A  51kg, tinggi 168cm dan umur 28.

Hasilnya  : 655 + (9.6 X 51) + (1.8 X 168) - (4.7 X 28)
                  655 + 489.6 + 302.4 - 131.6 = 1315.4 kalori


Kira Daily Calorie Requirement (DCR) pula..

Selepas dapat BMR kita cari pula Daily Calorie Requirement. BMR adalah kiraan jumlah makanan/kalori yang diperlukan badan kita mengikut ketinggian dan dan berat manakala DCR merupakan jumlah kalori harian bergantung kepada aktiviti dan keaktifan kita sepanjang hari. Cara mengira DCR adalah dengan mendarabkan jumlah BMR tadi kepada unit keaktifan kita. Gunakan maklumat di bawah ini :


• BMR x 1.2 (kurang atau tiada senaman, kerja di meja)

• BMR x 1.375 (senaman ringan/bersukan 1-3 hari/minggu)

• BMR x 1.55 (senaman sederhana/bersukan 3-5 hari/minggu)

• BMR x 1.725 (senaman berat/bersukan 6-7 hari/minggu)

• BMR x 1.9 (senaman berat setiap hari/bersukan dan latihan fizikal atau 2x sehari seperti pelumba maraton)


BMR A tadi  1315.4 kalori dan A tak senam lansung...hehehe. Maka si A hanya perlukan  1315.4 X 1.2 = 1578 kalori (DCR A sehari)


Dengan ketinggian dan berat, badan A memerlukan 1578 kalori mengikut keaktifan . Sekiranya A mahu mengekalkan berat badan, maka A kena mantain pengambilan 1578 kalori sehari. Macam mana nak tahu? Senang saja..anda cuba kira pengambilan makanan anda dari pagi hingga malam. Sekiranya A makan lebih dari 1578 kalori sehari makan berat A akan bertambah.
 
Ok..di atas adalah bagai mana mengira BMR dan DCR. Jika kekal kan DCR maka berat anda akan kekal..tapi bagaimana mahu menurunkan berat? Jika kita mahu menurunkan berat kita perlu ciptakan kalori defisit. Apa itu kalori defisit?
 

Kalori Defisit
 
Kalori defisit merupakan defisit daripada dua nilai (nilai kalori keluar dan nilai kalori masuk), apabila nilai kalori keluar lebih tinggi daripada kalori masuk. Mari saya tunjukkan bagaimana untuk mendapatkan kiraan defisit.


1578 kalori (masuk) - 1578 (keluar) = maka defisit kalori A ada kosong (0)
Sekiranya A makan berlebihan sebagai contoh 1700 kalori maka
1700kalori - 1578kalori = (+)122kalori 

Memang nampak 122 kalori tu macam sikit je kan..Tapi kalau lama2 disimpan maka ia akan jadi bukit..maka tercipta berat badan yang tidak diingini..hahahaha..namun sekiranya A rajin dan berlari di gym selama 15 minit dan mambakar 122 kalori itu, maka A selamat dan berat A kekal tanpa penambahan.


Macam mana nak turun berat? apa yang penting adalah kombinasi diet dan juga senaman. Ok..saya kirakan. Keperluan A adalah 1578 kalori..sekiranya A hanya makan 1400 kalori maka dengan berdiet kalori sahaja sahaja boleh dapat defisit.
 

1400kalori - 1578 kalori = 178 kalori defisit

Dan sekiranya A bersenam dan membakar 400 kalori tambahan maka untuk hari tu sahaja A untung dalam (400 kalori + 178 kalori) 578 kalori defisit. Hihihi 


Ok mesti ramai yang tertanya-tanya dengan 578 dekalori defisit itu berapa kg A boleh turun? sekali lagi saya nasihatkan, nak menurunkan berat ni bukan kerja sehari. Berpuluh2 tahun kita dengan berat kita..and bertahun2 kita bina lemak2 badan tu, mustahil kita hilang kannya dalam sehari atau seminggu kan. Tapi ada caranya teruskan membaca. 


Sekiranya kita mahu turun 1kg berat badan kita perlu membakar 7700kalori. Oleh itu sekiranya anda dapat mencipta 550 kalori defisit sehari, maka anda memerlukan 14 hari (dua minggu) untuk mengurangan sekilo).


• Hari 1 :  [-] 550kalori.
• Hari 2 :  [-] 550 kalori.
• Hari 3 : [-] 550 kalori.
• Hari 6 :  [-] 550 kalori.
• Hari 7 :  [-] 550 kalori.
• Hari 8 : [-] 550 kalori.
• Hari 9 :  [-] 550 kalori. 
urus.hahaha. So tu sebab pengiraan saya jadi rendah..Normal people keperluan sehari lebih kurang 2000 kalori .

Nah, sekarang anda dah faham mengapa berat badan anda  bertambah lepas masuk zaman bekerja. Zaman belajar mungkin unit keaktifan kita 1.55 tetapi bila bekerja unit keaktifan kita adalah 1.2. Maka saiz kalori yang kita ambil secara rutin sejak dulu mengakibatkan pertambahan berat bila masuk zaman bekerja. Plus bila dah beranak pinak. sedih sedih..

Untuk dapatkan kalori defisit yang banyak :
  1. Halang kalori dari lemak selepas makan dari diserap - Lecithin dan Alfalfa / Herblax
  2. Ambil kalori yang rendah tetapi membekalkan nutrisi dan tenaga untuk tempoh yang panjang - ESP dan Cinch Shake
  3. Bakar lemak sedia ada - Omega Guard atau aktiviti fizikal yang banyak
Credit : Free Vitamin
Read more
Thursday, August 14, 2014
KETAHUI APA ITU PENYAKIT CYST @ Endometriosis & PUNCANYA



Penyakit Endometriosis
Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa.    Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya.    Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan , kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali.    Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain.

Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?
Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim.    Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid.   Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisyu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.


‘Chocolate cyst’ – Endometriosis dalam ovary.
Bagaimana selaput endometrium ini boleh tumbuh di luar rahim?     
Biasanya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament),  saluran fallopian, pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan untuk tujuan lain.  Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis.
    Bagaimana tisyu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat.  Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini.    Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian.   Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus).    Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang penyakit endometriosis.
     Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar.    Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku.    Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku dikalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress),  yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.
    Ada juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri.   Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.
   Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat.

Apakah tanda-tanda atau gangguan? 
 Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang.Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin.Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis.Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.
       Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi.Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding/otot rahim.
   Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid.Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar.
Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan.   Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis.Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.

Bagaimana pengidap endometriosis ini boleh jadi mandul? 
Sebenarnya ada beberapa penjelasan.Di antaranya penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih.Kedua mungkin menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telor.Ketiga mungkin endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo.Seterusnya endometriosis mungkin menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.Tetapi dikalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan. 
 
Keguguran
Endometriosis juga boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal.    Bagaimana ia menyebabkannya kita tidak tahu, tetapi ada kemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh membunuh atau menganggu pertumbuhan janin.    Kadang-kala wanita yang mengidap penyakit endometriosis boleh gugur berulang-kali.
Lain lain tanda atau gangguan akibat dari penyakit endometriosis termasuklah berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di bahagian pinggang serta juga berbagai masalah perdarahan samada waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan.   Kadang-kadang berlaku perdarahan di luar waktu haid.   

Pengesahan penyakit endometriosis.
Daripada tanda-tanda tersebut kita sering mengesyaki pengidap penyakit endometriosis dan ini dapat disahkan melalui beberapa pemeriksaan serta ujian.   Apa yang biasa dilakukan yang mempunyai tanda-tanda ialah pemeriksaan kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila disentuh bahagian belakang rahim ia akan merasa kesakitan.    Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan tumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.
Rawatan penyakit endometriosis 
Oleh kerana kebanyakan daripada mereka yang bertemu doktor mengalami ketidaksuburan ataupun berulangkali gugur yang mungkin disertai oleh senggugut, mereka memerlukan rawatan yang sewajarnya.    Yang penting sekali tujuan rawatan ialah untuk wanita tersebut hamil, kerana keadaan hamil boleh mengawal pertumbuhan atau menghapuskan sama sekali penyakit endometriosis ini.

Pembedahan untuk membuang endometriosis
 Jika terdapat ‘chocolate cyst’ ataupun keadaan rahim yang terbalik (retroverted) pembedahan akan dilakukan. Biasanya saya sendiri mencadangkan pembedahan secara laparoscopy disertai dengan pembedahan kecil pada bahagian bawah perut dengan irisan lebih kurang dua atau tiga inci untuk membuang tumbuhan cyst serta untuk membersihkan dan membuat cautery atau tembakan pancaran laser pada bahagian-bahagian yang terkena tumbuhan endometriosis.

Pembedahan ini juga membolehkan doktor membetulkan rahim dengan menjahit rahim ke otot perut di bahagian hadapan (ventro-suspension of the uterus).    Setelah ini dilakukan, bahagian peranakan serta bahagian sekitarannya akan dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan keracunan yang dikeluarkan oleh endometriosis.   Jika terdapat kesumbatan pada saluran fallopian ketika pembedahan, keadaan ini juga boleh diperbetulkan sekali.
Selain daripada secara pembedahan, rawatan dengan ubat-ubat sering juga dilakukan.   Di pasaran terdapat banyak ubat-ubat hormon yang digunakan di antaranya hormon-hormon Progesterone yang mana diantara jenamanya ialah Primulut, Norculut atau lainnya yang digunakan selama enam hingga sembilan bulan dengan tujuan untuk menghentikan haid.  Juga terdapat ubat-ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah sama iaitu untuk menghentikan haid dan mengurangkan tumbuhan endometriosis ini. 
Dalam beberapa tahun yang lepas ubat-ubat terbaru yang diberikan secara suntikan sebulan sekali dan terdapat berbagai jenama seperti Zoladex dan lain-lain untuk digunakan selama enam hingga sembilan.      Suntikan-suntikan tersebut  agak mahal  sedikit dan ia memberi kesan sampingan seperti yang dialami oleh wanita yang sedang putus haid manakala kesan sampingan yang lain seperti apabila memakan pil Danazol ialah perubahan-perubahan yang menimbulkan sifat kelelakian seperti tumbuh rambut dan suara menjadi kasar.  Peningkatan timbang berat juga merupakan satu kesan sampingan.     Saya sekarang ini kurang menggunakan ubat-ubat untuk merawat pesakit-pesakit  endometriosis khususnya mereka yang mempunyai masalah kemandulan atau keguguran yang berulangkali.   Saya lebih suka melakukan pembedahan untuk membetulkan kedudukan rahim dan juga melakukan lain-lain pembetulan dan pembersihan di dalam dan persekitaran rahim kerana hasil dari segi mendapatkan kehamilan berlaku dengan lebih kerap dan cepat lagi.  Apabila wanita itu hamil, Insya Allah penyakit endometriosis ini terkawal dan jarang berulang lagi.
Bolehkah penyakit berulang? 
 Penyakit endometriosis adalah sejenis penyakit yang tidak diketahui apa puncanya dan ia sering berterusan tumbuh serta merosakkan peranakan dan usus. Kerosakan ini boleh menyebabkan seorang wanita terus mandul, atau mengalami kesakitan yang amat teruk. Pada kebiasaanya jika wanita itu hamil dalam masa setahun lepas pembedahan, kemungkinan ia berulang agak kecil. Tetapi jika tidak hamil lepas dua tahun, kemungkinan berulang adalah besar.
Selain dari kehamilan, kita tidak mengetahui dengan tepat kaedah mencegah penyakit endometriosis dari berulang.
Tetapi amalan mengawal makanan, iaitu dengan menjauhkan makanan yang menyebabkan alahan seperti beberapa jenis makanan laut, daging lembu atau kambing. Banyakkan sayuran dan protin dari ikan dan kacang soya. Latih diri untuk tenang fikiran dan gangguan emosi. Gunakan berbagai kaedah untuk menangkis stress.
Pembedahan buang rahim (hysterectomy) 
Pembedahan untuk membuang rahim dan ovari juga satu rawatan yang akhir bagi mereka mengalami penyakit endometriosis yang teruk sekali dan semua organ seperti rahim dan kilang telur telah rosak.    Ia mungkin tidak berfungsi lagi dari segi kesuburan dan daya upaya untuk hamil.   Di samping itu ia menyebabkan masalah kesakitan yang amat sangat setiap bulan ataupun secara berterusan dan mengganggu kerja harian.  Ia mungkin juga menimbulkan gangguan haid yang tidak terkawal yang mengganggu kehidupan seharian, hubungan suami isteri dan juga mengganggu wanita-wanita kita untuk membuat amal ibadah.

Jika keadaan demikian berlaku, tidak ada pilihan lain melainkan melakukan pembedahan besar iaitu untuk membuang rahim serta kilang telur. Pilihan ini biasanya kita tangguhkan sehingga wanita itu sampai ke umor 40 lebih tetapi dalam keadaan yang luar biasa dimana penyakit itu sangat teruk, kita juga melakukan pembedahan ini diperingkat tiga puluhan tahun.

Rumusan
Penyakit endometriosis ini ialah satu penyakit yang aneh di mana banyak perkara yang tidak ketahui tetapi ia menimbulkan berbagai-bagai masalah pada wanita.    Kita tidak tahu mengapa darah kotor berkumpul di belakang rahim dan di kilang telur.      Ada setengah pakar-pakar perubatan Islam yang beranggapan bahawa darah ini adalah makanan jin dan mungkinkah ada kaitan orang halus ini mengganggu peranakan seseorang wanita dan mengganggu agar ia tidak boleh mempunyai zuriat.     Oleh itu kaedah-kaedah rawatan alternatif juga perlu dilakukan serentak dengan cara cara moden, kaedah perubatan Islam, kaedah ubat ubat tradisional selagi cara-cara tradisional ini tidak menyebabkan syirik ia boleh diamalkan.    Mungkin terdapat ubat-ubat herbal yang belum dikenalpasti lagi yang mungkin masih ada di hutan kita yang berpotensi untuk merawat penyakit endometrosis dan memulihkan keadaan subur seperti biasa.

Sumber
Read more
Sunday, June 1, 2014
Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Ramai yang bertanya pada saya...apa kelebihan menjadi ahli Shaklee?
Saya jawab...."Banyaaaaaaak"

Apa yang bestnya jadi ahli Shaklee ni? Jom kita tengok satu persatu...

Kelebihan Ahli Shaklee #1: Harga Ahli

Anda pasti dapat beli produk Shaklee dengan HARGA AHLI. Itu kelebihan yang paling ramai orang nak. Sebab apa? Harga ahli Shaklee dan harga jualan berbeza dalam 20% hingga 25%. 
Contoh satu produk X dalam Shaklee harga dia RM150 dalam pasaran, tapi harga ahli hanya RM121.

(RM150 - RM121)/RM150 = 19.33%

Perbezaan hampir 20% harga pasaran produk X dalam Shaklee! Anda JIMAT RM29. Itu baru beli produk X seunit. Kalau beli banyak-banyak....produk-produk lain lagi? Ha...dah berapa anda jimat....
Kelebihan Ahli Shaklee #2: Kumpul Point

Anda mesti pernah ada kad ahli atau kad untuk kumpul point kalau shopping kat mana-mana hyper atau supermarket kan? Contohnya kad Bonuslink....
Bila dah cukup satu tahap yang ditentukan, kita boleh redeem hadiah kan? Ada hadiah yang best dan tak best....kalau dapat yang tak best macamana? Rugi je kumpul point...penat wooo... hehehe..
Shaklee pun ada jugak sistem kumpul point ni...point tu kita panggil UV (Unit Volume). Tapi dalam Shaklee, sistem kumpul point dia lagi best! Apa yang bestnya?

Shaklee bagi cash back dari UV yang dikumpul. Apa itu cash back? Shaklee akan masukkan semula duit terkumpul dari jumlah UV yang kita dapat ke dalam akaun bank kita. Makin banyak UV, makin banyak dapat cash...so terpulanglah pada kita nak guna duit tu untuk apa. Best kan?

Itulah rahsia jana pendapatan dalam Shaklee. Itu baru cerita sikit, ada baaaanyak lagi RAHSIA jana pendapatan dari Shaklee. Nak tahu apa dia....kena join Shaklee dulu... :)


Kelebihan Ahli Shaklee #3: Tak Perlu Modal Besar.

Anda hanya perlukan RM75 sahaja yuran untuk jadi ahli Shaklee. SEUMUR HIDUP TAU! Eh, RM75 bukannya yuran semata-mata, tapi ia adalah kos untuk anda dapatkan bisnes kit, beg keahlian yang penuh dengan RAHSIA jana pendapatan dengan Shaklee, panduan produk Shaklee, senarai harga, majalah Shaklee Today yang penuh kisah motivasi orang berjaya dalam Shaklee dan kos penghantaran bisnes kit ni ke rumah anda!


Kelebihan Ahli Shaklee #4: Tak Perlu Maintain Point

Anda tak perlu maintain point atau buat pembelian tertentu setiap bulan sebagai syarat keahlian anda. Jika anda tak ada buat pembelian sekalipun dalam bulan tersebut, keahlian anda tidak akan terjejas.

Kelebihan Ahli Shaklee #5: Promosi Produk Secara Bulanan

Shaklee akan OFFER Promosi Produk secara bulanan ISTIMEWA untuk Ahli Shaklee sahaja. Setiap bulan, Shaklee akan pilih satu daripada produk-produknya untuk mendapat promosi pembelian istimewa dan harganya lebih rendah dari harga ahli.


Kelebihan Ahli Shaklee #6: Jana pendapatan sehingga 4 - 5 angka sebulan

Ramai dah buktikan mereka mampu menjana pendapatan sehingga 4-5 angka sebulan hanya dari rumah! Tak percaya? Anda akan rugi sebab ia benar-benar dah terjadi. Apabila anda serius dan komited dengan bisnes Shaklee, bonus bulanan anda akan mengalahkan gaji hakiki anda...percayalah! Saya dah rasa bonus 4 angka tau!!!
Konsep bisnes Shaklee sangat mudah, ianya juga patuh syariah dan kita tak perlu keluar rumah untuk cari prospek. Selain tu, Shaklee akan bagi elaun insentif setiap bulan apabila kita dah berjaya mencapai sesuatu tahap...ianya dipanggil Car bonus. Bukan bagi kereta sebiji tau...hehe...Elaun tu tak semestinya untuk membeli kereta je...untuk shopping sakan pun boleh...;-)

Shaklee juga akan memberi insentif kepada ahli-ahli yang layak bercuti ke dalam dan luar negara (Convention). Ada juga pakej ke Umrah jugak untuk ahli yang Muslim. Dan yang bestnya, SEMUANYA PERCUMA!

Maka lengkaplah 3C yang dijanjikan Shaklee...CASH, CAR BONUS dan CONVENTION!
Apa lagi? JOM SERTAI KAMI....tawaran ini hanya jika anda MENDAFTAR dengan Saya. Kalau anda mendaftar dengan orang lain, semestinya tidak sama....


Bagaimana Nak Daftar Keahlian Shaklee Bersama Saya? (Nadia Hanim ID: 1095456)

Ada 2 cara nak daftar ahli, dengan yuran RM75 atau secara PERCUMA.

1. Anda boleh daftar dengan RM75 sahaja tanpa apa-apa pembelian.

2. Anda boleh kumpul order rakan-rakan dan ahli keluarga yang nak beli produk Shaklee. Jika order anda cukup 200UV (lebih kurang RM640++), anda LAYAK mendapat keahlian PERCUMA.

Apa kelebihan daftar dengan saya?

1. Saya akan bongkarkan RAHSIA untuk dapat Bonus Ribu-ribu dengan Shaklee tanpa keluar rumah.

2. Saya ada RAHSIA bagaimana anda boleh berjaya tanpa perlu untuk tayang kereta mewah dan barang berjenama semata-mata untuk menarik perhatian orang lain tentang kejayaan anda.

3. Saya akan add anda ke SUPPORT GROUP coaching paling best yang boleh PUSH anda bukan sahaja untuk berjaya melalui kekayaan anda semata-mata tetapi juga kepuasan membantu orang lain merasa kekayaan kita sekali.

----
Jika anda seorang yang sukakan CABARAN dan BERHATI CEKAL...anda lah orangnya! Anda layak untuk sertai kami!

Insya Allah, saya akan guide anda secara berterusan sedaya yang saya mampu. Anda juga perlu ada inisiatif sendiri untuk belajar dan berjaya dalam bisnes ini.

Tutorial, coching boleh dibuat secara online dan flexible bila-bila masa anda free..tak perlu pergi kelas dan sebagainya. Sekarang ni semuanya di hujung jari.. :) Kita boleh jumpa melalui internet je...

Jadi, ambillah peluang keemasan ni..jom join kami jadi ahli untuk berbisnes secara part time atau full time..jumlah bonus 2,3,4,5 atau 6 angka sekalipun..anda yang tentukan!

Berminat...?

Hubungi saya:
PM FB Nadia Muba
PM FB FanPage 1 Family Sihat Ceria
SMS/Whatsapp/WeChat : 019-5240418
Blog: nadiapaka.blogspot.com




Read more
Wednesday, February 19, 2014
GULA OH GULA!

Gula putih tulen, manis dan sedap rasanya tetapi tidak berguna dari segi nutrisi. Gula pada waktu pagi, gula pada waktu petang, dan gula lagi pada waktu makan malam.

Sebagai sejenis kimia, gula merupakan racun bagi badan dan menjadi punca di sebalik pelbagai penyakit. Kita telah ketagih oleh rasanya yang manis dan sudah tidak berupaya lagi untuk menjauhinya.

Mengapakah gula begitu membinasakan kepada kesihatan kita?

Gula ialah kimia tulen dan dalam menjalani pemprosesan, semua nutrisi makanan semula jadi yang asalnya terkandung di dalam tumbuhan itu sendiri telah dikeluarkan.

Gula bukan lagi merupakan jisim semula jadi kerana ia dikeluarkan melalui proses industri (kebanyakannya daripada pokok tebu atau ubi bit) dengan melakukan penapisan sehingga menjadi sukrosa yang tulen. 





Semua vitamin, mineral, protein, enzim-

enzim dan nutrient-nutrien bermanfaat yang lain dikeluarkan daripadanya.

Apa yang tinggal lagi ia lebih kelihatan seperti sejenis dadah daripada makanan; iaitu jisim yang begitu pekat dan bukan lagi semula jadi yang tidak mudah dicernakan oleh badan manusia.

Lebih-lebih lagi dengan pengambilan dalam jumlah yang begitu banyak mengikut gaya hidup masa ini.

Nota: Gula (glukosa) di dalam badan kita juga boleh tercipta daripada hasil penghadaman dan pencernaan makanan-makanan yang berkanji seperti kek, roti, nasi, ubi kentang dan mi. 








Pradiabetes

Mereka yang menghidap pradiabetes mempunyai paras gula darah yang lebih tinggi daripada normal tetapi tidak cukup tinggi untuk didiagnosis sebagai pesakit diabetes sepenuhnya.

Mereka yang menghidap pradiabetes mempunyai paras glukosa semasa berpuasa yang terjejas (6.1 hingga kurang daripada 7 mmol/l).

Paras ini mengisyaratkan bahawa terdapat risiko tinggi untuk menghidapi diabetes jenis 2 dalam jangka masa 10 tahun akan datang.

Anda dapat mengurangkan dengan ketaranya risiko untuk menghidapi mana-mana komplikasi ini sekiranya anda mengawal paras glukosa darah dan tekanan darah anda, serta diiringi dengan tabiat pemakanan yang sihat, dan melakukan kegiatan-kegiatan fizikal dengan kerap.
Read more

Popular Posts