Open top menu
Showing posts with label Resepi Dari Hati. Show all posts
Showing posts with label Resepi Dari Hati. Show all posts
Thursday, May 28, 2015
Resepi Snow CheeseCake

Resepi Snow CheeseCake

Bahan-bahan :
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) - akak guna shelf raising flour
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dari peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)

Untuk Cream :
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis – bergantung pada kemanisan yang di ingini
(satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul).
Untuk Topping :
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan.
Cara - Cara Membuat :
1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. (akak keluarkan dari loyang sebab kek ni mengecut).
Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.(akak guna benang)
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dalam peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
Read more
AIS KRIM OREA HOME MADE

Jom Try!

Saya copypaste resepi ais krim home made ni sebab anak2 syurga sangat sukakannya.Oppss!! Ibunya pun suka makan ais krim.

Apa salahnya google dan jumpa simple resepi kita cuba buat! Selain dapat enjoy making ngan anak2 dapat jimat kos beli ais krim dah kan...sekali buat boleh dapat banyak...resepi kan dah ada..kalau nak buat lebih cuma double sukatan resepi tu.

Aiskrim Oreo handmade yang SEDAP !!! kalah Oreo Mc Flurry Mc D
 
Cara buat?
1) - setengah tin susu pekat (ikut kemanisan masing2)
- 1 1/2 gelas susu cair (ikut kecairan @ kepekatan yang dikehendaki)
- 1 sudu ovalette (pastikan halal)
- sedikit esen vanilla
blendkan sampai gebu.
2) gaulkan hasil yang di blend dengan biskut oreo (vanilla) yang dah dihancurkan.
3) masukkan dalam peti ais. (freezer)
4) MAKAN !!!!!!! sampai menjilat sudu~!!!
*dah reti buat, x perlu la beli kat McD lagi.... hehe

Credit : Rahsia Hawa

Read more
Sunday, November 23, 2014
no image

Ok kawan-kawan ni saya kongsikan resepi DONUT GEBU yer...jangan tak cuba!!


DONUT GEBU MANJA

Bahan-bahan :

1 cawan air suam
1 paket yis (mauri pan ) 11 gm
1 biji telur2 sudu makan mentega
2 sudu makan susu pekat
3 sudu besar gula
3 1/2 cawan tepung gandum


Cara membuatnya :
  1. Masukkan air suam ke dalam mangkuk kemudian campurkan yis dan kacau biar larut.Biarkan sebentar sehingga berbuih.
  2. Dalam bekas lain pecahkan 1 biji telur dan mentega, gula kemudian kacau.
  3. Masukkan campuran yis tadi ke dalam bekas mentega, telur dan gula.
  4. Akhir sekali masukkan tepung gandum..uli sehingga jadi doh yang lembut dan tak melekat dijari.
  5. Gunakan penggolek dan acuan donut untuk membentuk...SELAMAT MENCUBA!!!

Read more
Thursday, October 9, 2014
RESEPI KEK KARAMEL PELANGI

Assalamualaikum.....

Entry malam ni nak sharing resepi buat kek lah pulakkan.....leh simpan untuk rujukan anak cucu piut....kawan2 pun boleh santai-santai tengok blog saya...Jangan tengok jer...ambil pen dan kertas leh cuba salin dan buat kek karamel ni...sedap sangat!!!

Version kali ni memang tuan empunya resepi iaitu adik ipar saya sendiri kasi adjust bagi kurang manis...tak elokkan manis-manis sangat...kurangkan manis dalam masakan LEBIHKAN manis dalam SENYUMAN...cewaaahhhh!!! Madah berhelah pula malam-malam ni kan...;-)

Oklah tak nak buang masa meh nak kasi terliur tengok kek karamel yang dah pun SIAP!!



Bahan-bahan :

A) Gula hangus
     - 2 sudu besar ( buat gula hangus ) .....api sederhana yer...jangan kuat nanti bukan hangus TAPI
        jadi hangit pulak...hahahha ;-)
     - tabur gula dalam loyang & masak atas api sederhana, biar gula hancur...tukar warna perang.
     - ketepikan dahulu.

B) Bahagian Atas (puding)
     - 1 tin susu cair
     - 1/2 cawan susu pekat
     - 1 sudu teh esen vanilla
     - 3 biji kuning telur + 1 sudu besar tepung kastard
*campur kesemua bahan B dan gaul sebati.
*masa nak asingkan kuning dan putih telur TIPS !! bekas yang nak digunakan pastikan betul-betul
  kering..dan jangan sedikit pun kuning telur bercampur dengan putih...kalau ada campur haa..
  tak menjadilah kek karamel tu nanti...so kena ALERT dan berhalus...org ganu kata...:-)

C) Lapisan Kek
     - 140 gm tepung gandum
     - 50gm gula kastor
     - 3 biji kuning telur
     - 135 ml air biasa
     - 1 sudu teh baking powder
     - 45ml minyak masak / butter cair...saya guna minyak masak jer....senang!
     - 2 sudu besar susu pekat


D) Meringue
     - 6 biji putih telur
     - 50 gm gula kastor
     - 1 sudu teh krim of tartar
*putar awal2 dengan kelajuan yang rendah dulu kemudian baru upkan level kelajuan yer...sampailah
  bila telangkup meringue tu tak tumpah pun.....haa....!!! buat bagi jadi yer..tak sempat nak snap pic
  battery low...next time buat pulaklah yer.


CARA MEMBUATNYA :


1. Kacau semua bahan B perlahan-lahan...jangan bagi buih


2. Masukkan B ke dalam loyang & ketepikan.
3. Pukul bahan C (ketepikan) - guna senduk.
4. Pukul bahan D sampai kembang...bila angkat tak jatuh.
5. Campur bahan C & D kemudian gaul dengan senduk sampai sebati.
6. Bahagikan kepada beberapa bahagian - letak warna ikut kesukaan.
7. Masukkan dalam loyang tadi...setiap kali masukkan ia akan terapung..part ni saya suka...hehehe.
8. Bakar double boiling selama 1 jam.
9. Bila dah masak....rehatkan 10-20minit @ sampai betul-betul sejuk pada suhu bilik...terbalikkan
    kek.
10. Kemudian boleh masukkan dalam peti......SIAP!!!!


Selamat mencuba yer...

Coretan resepi daripada NadiaPaka
Read more

Popular Posts