Assalamualaikum.....
Entry malam ni nak sharing resepi buat kek lah pulakkan.....leh simpan untuk rujukan anak cucu piut....kawan2 pun boleh santai-santai tengok blog saya...Jangan tengok jer...ambil pen dan kertas leh cuba salin dan buat kek karamel ni...sedap sangat!!!
Version kali ni memang tuan empunya resepi iaitu adik ipar saya sendiri kasi adjust bagi kurang manis...tak elokkan manis-manis sangat...kurangkan manis dalam masakan LEBIHKAN manis dalam SENYUMAN...cewaaahhhh!!! Madah berhelah pula malam-malam ni kan...;-)
Oklah tak nak buang masa meh nak kasi terliur tengok kek karamel yang dah pun SIAP!!
Bahan-bahan :
A) Gula hangus
- 2 sudu besar ( buat gula hangus ) .....api sederhana yer...jangan kuat nanti bukan hangus TAPI
jadi hangit pulak...hahahha ;-)
- tabur gula dalam loyang & masak atas api sederhana, biar gula hancur...tukar warna perang.
- ketepikan dahulu.
B) Bahagian Atas (puding)
- 1 tin susu cair
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 sudu teh esen vanilla
- 3 biji kuning telur + 1 sudu besar tepung kastard
*campur kesemua bahan B dan gaul sebati.
*masa nak asingkan kuning dan putih telur TIPS !! bekas yang nak digunakan pastikan betul-betul
kering..dan jangan sedikit pun kuning telur bercampur dengan putih...kalau ada campur haa..
tak menjadilah kek karamel tu nanti...so kena ALERT dan berhalus...org ganu kata...:-)
C) Lapisan Kek
- 140 gm tepung gandum
- 50gm gula kastor
- 3 biji kuning telur
- 135 ml air biasa
- 1 sudu teh baking powder
- 45ml minyak masak / butter cair...saya guna minyak masak jer....senang!
- 2 sudu besar susu pekat
D) Meringue
- 6 biji putih telur
- 50 gm gula kastor
- 1 sudu teh krim of tartar
*putar awal2 dengan kelajuan yang rendah dulu kemudian baru upkan level kelajuan yer...sampailah
bila telangkup meringue tu tak tumpah pun.....haa....!!! buat bagi jadi yer..tak sempat nak snap pic
battery low...next time buat pulaklah yer.
CARA MEMBUATNYA :
1. Kacau semua bahan B perlahan-lahan...jangan bagi buih
2. Masukkan B ke dalam loyang & ketepikan.
3. Pukul bahan C (ketepikan) - guna senduk.
4. Pukul bahan D sampai kembang...bila angkat tak jatuh.
5. Campur bahan C & D kemudian gaul dengan senduk sampai sebati.
6. Bahagikan kepada beberapa bahagian - letak warna ikut kesukaan.
7. Masukkan dalam loyang tadi...setiap kali masukkan ia akan terapung..part ni saya suka...hehehe.
8. Bakar double boiling selama 1 jam.
9. Bila dah masak....rehatkan 10-20minit @ sampai betul-betul sejuk pada suhu bilik...terbalikkan
kek.
10. Kemudian boleh masukkan dalam peti......SIAP!!!!
Selamat mencuba yer...
Coretan resepi daripada NadiaPaka
Thursday, October 9, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
- Anti Penuaan
- Antioksidan
- Basic H2™ Organic Super Cleaning Concentrate
- Berat Badan
- Cinch® Energy Tea Mix
- Cinch® Shake Mix
- Dish Wash Concentrate
- Enfuselle
- Get Clean® Water Pitcher
- Kesihatan Hati
- Kesihatan Jantung
- Kesihatan Pencernaan
- Kesihatan Tulang
- Kesihatan Wanita
- NutriWhite
- Nutrisi Kanak-kanak
- Nutrisi Penting
- Nutrisi Sukan
- Pemakanan Sihat
- Penjagaan Berat Badan
- Penjagaan Diri dan Kecantikan
- Penjagaan Harian
- Penjagaan Kediaman
- ProSante
- Soft Fabric Concentrate
- Sokongan Imun
Popular Posts
-
Sumber Google Usus merupakan bahagian badan yang berfungsi menyerap khasiat daripada makanan dan memproses baki makanan tersebut, me...
-
Resepi Snow CheeseCake Bahan-bahan : 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya) 100 gram gula halus 100 gram tepung hong kong (blue key sup...
-
Salam sejahtera Kita sering mendengar yang Omega ( Fish Oil ) sangat bagus untuk perkembangan otak kerana mengandungi Omega-3 Fatty Acids ...
-
Assalamualaikum... Hari ni nak sharing pengalaman anak syurga yang ketiga kena ulser mulut. Dua hari lepas yang perasan sebab dia mula mere...
-
Assalamualaikum... ANDA MEMPUNYAI 20 POUNDS RACUN TOKSIK DI DALAM USUS ANDA. INFO PENTING untuk memastikan usus anda sihat sehingga...
-
Entri nak tulis malam ni pun boleh tahan nak boleh siap. Anak-anak syurga mata pakat cerah lagi tak nak tidur. Malam ni nak kongsikan penga...
-
EBM - Penyimpanan dan Pengendalian Perahan susu Ibu Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada ba...
-
Selama kita baca Surah Yasin dari kecil sampai ke tua, pernahkah kita faham tafsirnya dan memahami fakta sains di dalamnya yang membuktika...
-
Penyakit Endometriosis Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa. Mungkin ramai yang tidak mengeta...
-
Jom Try! Saya copypaste resepi ais krim home made ni sebab anak2 syurga sangat sukakannya.Oppss!! Ibunya pun suka makan ais krim. Apa sa...
0 comments