Open top menu
Friday, November 21, 2014

Semakin  debar pulak bila kandungan dah masuk 38 minggu +++
Cepatnya masa berlalu...
Kurang 10 hari sahaja lagi dari tarikh jangkaan bersalin.
Macam2 perasaan bermain sekarang ni....walaupun ni nak masuk kali ke-4 pengalaman nak bersalin.
Setakat saya tulis entry ni apa yang dok rasa sekarang bahagian dari pinggang hingga ke punggung rasa sakit sengal2..tapi masih boleh kontrol lagi.

Ni saya nak share info tanda-tanda nak bersalin untuk semua bakal mommies kat luar sana..Sharing is caring ;-)

Meh kita buat persiapan awal dari sekarang!!!
Kalau dah ada salah satu tanda di bawah ni...cepat-cepat le ke klinik berhampiran tak pun terus jer ke hospital k...pesanan tuju kat diri sendiri juga ni..hehe.
Maybe yang pengalaman kali pertama mungkin tak tahu kan macam mana tanda-tanda nak bersalin ni...saya yang anak nak masuk 4 pun sentiasa kena refresh balik...update sokmo lah..sebab setiap anak ni org kata lain-lain pengalaman bersalinnya...so memang kena take note!
Semoga urusan kita dipermudahkanNya.



10 Tanda-tanda bersalin

Selepas usia kandungan sudah 38 minggu ke atas bolehlah bakal-bakal ibu memerhatikan tanda-tanda hendak bersalin. Di sini terdapat 10 tanda-tanda bersalin:

1. Kontraksi Rahim
  • kontraksi adalah rasa tegang pada perut, kadang-kadang bakal ibu akan berasa sakit di tengah perut sehingga ari-ari.Kontraksi akan berlaku semakin kuat dan dalam sela masa teratur. Sila lihat jam anda berapa selang masa berlakunya kontraksi. Jika dalam sela 5 minit dan mengeras 20 ke 45 saat. Sila ke klinik dengan segera!
2. Sakit Belakang
  • rasa sakit belakang di bahagian bawah dengan kerap.
3. Pecah Air Ketuban
  • keluar air jernih dari lahir, bagi saya pengalaman 2 orang anak sebelum ni memang melalui tanda ini...bila air keluar memang rasa suam2 panas dan memang banyak.
4. Lendir pekat bercampur darah
  • lendir ini merupakan pluk yang melindungi bayi daripada sebarang jangkitan. Sekarang pluk telah mula keluar dan bayi bersedia untuk bergerak ke bawah. Tapi bila dah ada rasa sakit (kontraksi kuat dan kerap ) baru ke klinik.
5. Serviks terbuka
  • hanya doktor yang boleh cek bukaan serviks, bila dah mencapai 10cm baru proses bersalin akan dimulakan.
6. Kerap terkentut
  • sesetengah wanita akan kerap terkentut....yang ni tak ingat dan tak perasanlah pulak saya...hehe;-)
7. Perut rasa memulas seperti nak buang air besar
  • disebabkan bayi telah mula bergerak ke bawah, ia turut memberi tekanan kepada saluran untuk buang air besar. Sesetengah wanita akan rasa ingin ke tandas dengan kerap sebab rasa nak buang air besar. Berhati-hati...kalau yang ni memang saya pernah rasa...dah nak masuk labour room wat hal bagitahu dekat pembantu doktor rasa nak buang air besar...tapi memang diorang tak kasik keluar dahlah.....siap cakap bukan awak nak buang air besar ni cepat sedia nak teran bagi keluar bayi awak.....!!
8. Kerap terkencing
  • akan kerap terkencing sebab bayi sudah mula bergerak ke bawah.
9. Perut kelihatan membuncit bahagian bawah, bahagian atas terasa ringan atau kosong.
  • menandakan bayi dah mula turun ke bawah. Jika anda rasa kontraksi yang kuat dan kerap, berjumpa doktor dengan segera. Diri sendiri sekarang sudah mengalami tapi masih belum rasa kontraksi yang kuat lagi.....siap sedia sahaja....
10.Berat badan berkurangan
  • berat badan akan berkurangan sedikit bila masa bersalin hampir tiba.
********************************************************************************

" Ya Allah ya Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang Maha memudahkan segala yang susah adalah mudah bagiMu...Ya Allah, sempurnakanlah kebaikan, dengan RahmatMu, ya arhamar Rahimin".

3 orang anak2 syurgaku....bakal menanti kelahiran adik mereka pula...insyaAllah!!


Tagged
Different Themes
Nadia Hanim Menulis

Saya Nadia Hanim bt Mohamad pengedar sah SHAKLEE anda no. ID 1095456. Jom CANTIK dan SIHAT bersama Shaklee (Selamat Mesra Alam dan Berkesan) bukan hanya sekadar MENJUAL SUPPLEMENT SHAKLEE tetapi berkongsi ilmu mengenai KEBAIKAN SUPPLEMENT SEMULAJADI.

0 comments

Popular Posts