Open top menu
Sunday, November 2, 2014

Assalamualaikum.....

Bulan ini bulan Omega Guard. Ramai yang tak nak lepas peluang untuk membelinya. Jadi saya pun teruja nak share lebih banyak kebaikan Minyak Ikan / Omega 3 ni. Omega Guard ni sesuai untuk semua tak kira bayi, kanak-kanak, pelajar, ibu mengandung dan menyusu , lelaki mahupun warga emas.

OMEGA 3 Dalam Diet Amat Membantu Perkembangan Janin

DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak. DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.



DHA Kaya Dalam Susu Ibu

Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri. Mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA. Atas sebab ini pakar mencadangkan suplemen Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri. Selain itu, suplemen lain yang disyorkan untuk ibu mengandung atau menyusu, seperti asid folik,tetapi Omega 3 tidak terkecuali untuk pembangunan otak janin, pembangunan mata, dan lain-lain aspek perkembangan janin.


KAJIAN 1
The Lancet pada tahun 2007, 11,000 wanita diuji. Kesan tahap pengambilan makanan laut yang rendah ( kurang daripada 340 gram ) terhadap pembangunan kanak-kanak. Anak-anak wanita dalam kajian ini telah diuji dari umur 6 hingga 8 bulan. Dan didapati bahawa tahap pengambilan makanan laut yang rendah semasa mengandung melahirkan kanak-kanak yang mempamerkan tahap !Q yang lebih rendah berbanding daripada mereka yang mempunyai tahap pengambilan makanan laut yang tinggi semasa mengandung. Bukan itu sahaja malah, ia juga menunjukkan bahawa makanan laut yang lebih rendah mempunyai masalah-masalah lain seperti kurang kemahiran komunikasi dan kurang kemahiran motor halus serta beberapa isu-isu tingkah laku sosial.


KAJIAN 2
American Journal of Clinical Nutrition, 2007
Kesan daripada suplemen DHA pada wanita hamil. Suplemen yang telah dimakan dari bar bijirin yang ditambah dengan DHA. Suplemen bermula pada 24 minggu kehamilan sehingga kelahiran.
Didapati bahawa bayi wanita yang telah ditambah diet mereka dengan DHA semasa hamil menyelesaikan masalah dengan lebih baik berbanding daripada kumpulan ibu yang tidak menerima makanan diperkaya DHA. Banyak lagi kajian demi kajian dilakukan. Keputusan masih membawa kepada kesimpulan bahawa pengambil minyak ikan, dan khusus DHA, semasa mengandung boleh memberi bayi anda suatu permulaan yang baik dalam kehidupan.



Cadangan Kuantiti Pengambilan DHA

Sekitar 200 hingga 300 mg DHA sehari dicadangkan bagi ibu-ibu yang mengandung dan menyusu. Dengan corak pemakanan harian moden kini, kita tidak mungkin akan mendapat DHA yang cukup di dalam makanan kita. DHA didapati terutamanya dalam minyak ikan, bersama-sama dengan asid fatty Omega 3 lain seperti EPA. Ibu-ibu mesti berhati-hati dalam memilih suplemen Omega 3. Harga dan jenama tidak menjamin ia adalah minyak ikan yang bagus. Ikan boleh mengumpul toksin laut dalam sistem mereka, seperti PCB dan merkuri. Tambahan pula rantaian makanan ikan menjadikan lebih tinggi kepekatan toksin jahat yang kita mesti jauhi. Atas sebab ini suplemen Omega 3 mesti dihasilkan dengan teknologi yang tinggi dan melalui saringan yang ketat bagi memastikan ia benar-benar bebas daripada mana-mana bahan cemar. Terdapat piawaian antarabangsa dalam suplemen Omega 3. Suplemen Omega 3 yang terbaik mesti bebas daripada sebarang bentuk pencemaran kimia. Oleh itu mereka menggunakan ikan yang didapati di bahagian paling bersih lautan dunia, mereka memproses ikan dengan cara yang tertentu supaya pencemaran sama sekali dihapuskan.

________________________________________________________________________________




Sekarang anda sudah tahu...jika ingin membeli suplemen Omega, haruslah menitikberatkan ciri-ciri di atas. Kenapa saya pilih Omega dari jenama Shaklee?
Kerana
  • OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.
  • Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi.
________________________________________________________________________________
 Sila hubungi saya di 017-9090295 | Facebook : Nadia Muba untuk sebarang pertanyaan | pesanan


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Credit

Different Themes
Nadia Hanim Menulis

Saya Nadia Hanim bt Mohamad pengedar sah SHAKLEE anda no. ID 1095456. Jom CANTIK dan SIHAT bersama Shaklee (Selamat Mesra Alam dan Berkesan) bukan hanya sekadar MENJUAL SUPPLEMENT SHAKLEE tetapi berkongsi ilmu mengenai KEBAIKAN SUPPLEMENT SEMULAJADI.

0 comments

Popular Posts