Sebenarnya, memang ada cara-cara tertentu /
kemahiran dan tips yang perlu kita tahu, belajar, faham dan berlatih
untuk meneran dengan cara yang betul ketika bersalin normal. Antara
points yang penting tersebut ialah:
1 # : PERNAFASAN
Latihan pernafasan memang lah sangat-sangat penting. Nampak
remeh. Tapi latihan yang berulang kali dapat membantu kita mengawal
pernafasan ketika saat2 nak meneran. Jangan ingat masuk pertandingan
menyanyi je yang perlu buat latihan pernafasan.. Kita yang mak buyong
(read: tengah sarat mengandung) pon kene rajin2 praktis pernafasan.
Bagaimana eh nak buat?
Mudah shj latihannya. Tarik nafas sepanjang mungkin.dan cuba tahan
nafas. (Tapi buatlah sekadar yang mampu. janganlah paksa diri. Kang ade
yang kene naik ambulans gi hospital.)
Rationalnya latihan pernafasan ni:
Ketika meneran nanti..Kita perlu tarik nafas sepanjang yang mungkin,
kemudian kita meneran/push sehabis teran yang kita boleh, TANPA MENCURI
NAFAS ketika meneran..Ingat tu..Memang TAK BOLEH MENGELAT!! Curi nafas
ketika meneran, akan membuatkan kepala baby tu termasuk semula ke
dalam.. Percayalah!!! Sebab, saya dah pernah degil cuba mengelat (read:
curi tarik nafas) masa meneran anak kedua dulu, doktor tegur dan larang
sebab baby termasuk semula. Selain dari TAK BOLEH curi tarik nafas,
Ketika meneran pon tak boleh hembus nafas..kalau anda degil jugak, ini
akan menyebabkan anda kehilangan tenaga ketika meneran dan akhirnya
menjadi letih.
Sapa2 yang ada athma atau semput, atau jenis
nafas pendek, baik inform doktor atau jururawat awal2, supaya mereka
boleh come up dengan plan B untuk bantu anda meneran nanti..(manalah
tahu kan, ade orang yang rahsiakan penyakit semput yang dialami dari
direkod dalam buku kesihatan pink tur..err ade ker...ngeeeee)
So, terang dan nyata; memang kita kena tarik nafas sepanjang mungkin,
kemudian teran pun selama dan sepanjang yang kita mampu teran (tanpa
mencuri tarik nafas atau menghembusnya ketika proses meneran itu
berlaku)..
Habis teran. baru hembus nafas. dan tarik semula nafas sepanjang yang mungkin, kemudia teran lagi..
(ulang steps tersebut sehinggalah baby anda keluar dengan jayanya. Chaiyokk!!!)...
Perlu diingatkan. Meneranlah ketika waktu yang sewajarnya / sepatutnya.
Kontraksi yang kerap (contoh: selang 5/3 minit) masih BELUM lagi perlu
meneran. Itu hanya kontraksi normal bagi ibu2 yang dah nak dekat
bersalin. Teran hanya bila saat2 kita rasa macam nak berak sangat2. Rasa
nak berak itu, adalah petanda yang baby memang dah turun dan semakin
hampir nak keluar. But make sure, bila rase kerap nak kencing atau nak
buang air besar tu, sebaiknya cuba pergi toilets dahulu, kalau2 anda
sebenarnya mmg nak terberak, bukan terberanak..hehehehehhe....
Bila pergi toilets, tak leh keluar tah*...aaahaaaa, mmg sahihlah tu...bukan nak terberak, tapi nak bersalin!!!
tapi, bila dalam labour room, ikutlah arahan doktor/jururawat/bidan
yang bertugas..selagi, dierang tak bagi signal suh teran, jangan teran
dulu ek..tahan dulu kesakitan tu..sbb dierang perlu buat persediaan dan
pemeriksaan awal untuk kita dan baby dlm perut (CTG). Bila dierang kasi
GREEN light suh, teran..apa lagi geng; aja aja fighting!!!! Tarik nafas
panjang2 dan teranlah sepangjang yg boleh. ingat jangan ngelat!!!!
p/s: actually, ketika meneran ni, tak perlu menjerit pun..itu lebih
baik. menjerit ketika meneran mebuatkan tenaga anda dibazirkan dan
menjadikan diri anda lebih tension...Anda akan lebih FOKUS bila anda
meneran tanpa menjerit.
2 # : POSISI @ KEDUDUKAN POSTUR BADAN
Ini pon penting ketika mahu meneran. Sama penting macam
pernafasan. Motif? Kerana ketika melakukan pernafasan yang betul untuk
meneran, posisi tubuh badan ketika itu juga mesti betul KETIKA kita
meneran.
Bagaimana?
(gambar dari Google. supaya nampak
Gambaran. Kalau perasan pada lutut kiri wanita tu, ade besi penyokong
yang dapat mebantu menyokong kaki kita)
-baring dengan keadaan
kedua belah kaki terbuka luas , dan dilipatkan sedikit kedua-dua kaki
menjadi seperti betuk huruf A besar ye...(Sile dapatkan green
light/arahan doktor dan jururawat dahulu bila nak buat aksi begini,
karang tak memasal, kene bebel dgn dierang sbb anda terlalu
memandai-mandai advance, hehehehe)
-biasanya, jururawat akan meninggikan bahagian atas (kepala dan bahu kita) supaya dapat memudahkan kita meneran.
-dalam keadaan itu, sebaik/sebolehnya tangan kite memegang pada tumit.
Orang kurus, biasa boleh buat nih. Bagi yang agak berisi macam saya
yang tak boleh nak capai tumit kaki ketika posisi baring begitu,
biasanya jururawat akan letak kaki kita kedua-duanya diatas besi khas di
kiri kanan katil untuk menyokong kedua-dua belah kaki kita. So, macam
tergantung la. (boleh refer gambar diatas)
-2 PERKARA UTAMA yang kita kena make sure posisi kita betul KETIKA MENERAN:
------->Kepala diangkat sehingga DAGU MENCECAH RAPAT dengan dada (betul-betul rapat).
------->Punggung dalam keadaan tetap pada tempatnya dan TIDAK
terangkat (ketidak mungkin berlaku koyakan yg tenat nanti . Read: koyak
rabak. Haihhh,agak2lah statement kan..sounds scary je.).
So,
mase kite ready tarik nafas pangjang dan meneran tu, ketika meneran
itulah kita make sure kepala dan dagu kita rapat pada betul dada dan
punggung tidak diangkat. Bila, kepala diangkat dan dagu rapat betul pada
dada, momentem kite meneran tu lebih tinggi. Tenaga yang disalurkan
disitu lebih. Jadi daya teranan tu lebih kemas dan mantap!!
3 #: TENAGA
Bila dah ade show atau petanda nak bersalin, kalau boleh mandi. biar
badan segar. Ambil makanan dan minuman yang mengenyagkan dan benar-benar
dapat memberi tenaga. Contohnya, air milo, telor separuh masak, atau
telur ayam kampung mentah, susu, roti, nasi dan yang seumpama dengannya.
Mungkin, bila berlaku kontraksi terutama kontraksi kerap, membuatkan
anda hilang selera atau tak lalu nak makan..Tapi nasihat saya,
berusahalah biar anda mengisi perut anda dan pastikan anda kenyang.
So, make sure anda makan makanan dan minuman yang berkhasiat sebelum melangkah ke medan perang dewan bersalin ok.
4 # : PERLINDUNGAN DIRI
Amalkan ayat Qursi, selawat atas nabi, doa Nabi Yunos dalam perut ikan paus , Surah 3 Qul dan Surah al-Insyirah.
Mohon dengan Allah, muga kita dan bayi sentiasa berada dalam
perlindungan dan pemeliharaanNya..dan Berdoalah tanpa jemu agar Allah
dapat meringankan kesakitan dan memudahkan proses kelahiran itu
nanti..InsyaAllah.
Ini adalah amalan yang saya buat sebagai
seorang Muslim. Bagi rakan2 ibu yang non believers (read: bukan Muslim)
mungkin anda juga boleh berdoa dengan menurut cara dan kepercayaan
masing2.
Bila fizikal kita sakit, tetapi sepanjang kesakitan
itu kita tahan dengan menyebut Allah berulangkali.. Kesannya, walaupun
fizikal kita sedang sakit tetapi hakikatnya jiwa tenang menghadapi /
melalui kesakitan itu..InsyaAllah. Kita akan jadi bersemangat dan lebih
bersabar juga.
5 # : MOHON KEMAAFAN DAN KEAMPUNAN.
Bunyinya macam simple. Macam mintak maaf hari raya..Tapi sebenarnya,
jika kita benar2 memohon maaf dengan ikhlas dan jujur , dengan manusia
terutamanya yang terdekat dengan kita seperti suami, ibu ayah dan
keluarga.. InsyaAllah , itu juga salah satu remedi yang membantu dan
memudahkan proses bersalin kita nanti..
Sebab, mungkin ada
salah dan silap kita yang mungkin kita terlepas pandang, dari memohon
maaf sebelum ini..sehingga barangkali buat mereka terluka..Jadi, bila
kita mohon maaf, dan dengan lapang dada mereka memaafkan..Itulah ibarat
doa mereka buat kita.
Ok. Itulah antara tips dan skill yang
perlu kita praktis, fahamkan dan apply ketika berada dalam labour room
nanti ketika tiba detik untuk meneran dan bersalin.
Credit info : Kedai Anak Kecik Preloved
BERSALIN: 5 TIPS MENERAN ??!!
- By Unknown
- 7:01 AM
- 0 comments
Tagged
Nadia Hanim Menulis
Saya Nadia Hanim bt Mohamad pengedar sah SHAKLEE anda no. ID 1095456. Jom CANTIK dan SIHAT bersama Shaklee (Selamat Mesra Alam dan Berkesan) bukan hanya sekadar MENJUAL SUPPLEMENT SHAKLEE tetapi berkongsi ilmu mengenai KEBAIKAN SUPPLEMENT SEMULAJADI.
0 comments