Entry malam ni saya teruja nak kongsikan cerita anak saya dengan Omega Guard. Al-kisah petang tadi saya siapkan sedikit makanan untuk anak-anak. Kebetulan masa di dapur anak yang kedua buka almari dan nampak botol omega. Dia pun ambil dan terus buka tudung botol ambil sebiji omega....katanya nak telan.
Tengok2 tak telan pun lagi.....adiknya pula yang no 3 offer diri nak telan omega.Serius ini kali pertama saya tengok anak saya yang berumur 3 tahun dapat telan omega macam tu sahaja.Biasanya saya berikan dengan cara gunting hujung kapsul dan campurkan dalam susu formula.Tak sangka anak dara saya boleh telan dan gigit macam tu jer.....terkejut kejap tengok gelagat dia tadi.
Ingatkan lepas habis sebiji dia telan oklah.....dia datang dekat saya lagi minta bukakan tudung botol omega dia nak makan lagi...aduss!!
oh sayang ibu...sehari kamu kena makan 1 biji jer..esoklah pulak yer.mengamuk dok suruh semacam..pujuk punya pujuk mujurlah berjaya.
Manfaat Omega-3 untuk Bayi
Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk seperti ikan sardin,
ikan kembung, ikan bilis dan ikan herring diperairan negara Jepun. Ia
bukan diambil dari hati ikan. Ketumpatan Omega Guard adalah 3 kali
ganda berbanding ketumpatan minyak hati ikan.
Omega Guard Shaklee membekalkan rangkaian penuh 7 spektrum
minyak ikan berbanding minyak ikan yang berada dipasaran. Manfaat omega
guard adalah untuk seluruh ahli keluarga daripada bayi kecil,
kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan warga tua.
- Perkembangan Kognitif : beberapa kajian mendapati bayi yang dibekalkan dengan asid lemak omega-3 DHA menunjukkan peningkatan dalam fokus, kemahiran sosial dan ujian kepintaran. Bayi-bayi yang mendapat bekalan omega-3 DHA dan EPA (semasa ibu mengandung dan menyusu) mendapat keputusan yang lebih tinggi dalam ujian kognitif pada usia 4 tahun berbanding kanak-kanak yang tidak mendapat DHA dan EPA.
Risiko Asma : Kajian pada tahun 2008 mendapati ibu mereka mengambil
minyak ketika mengandung, anak-anak mereka kurang mendapat asma.
- Pembesaran : Membantu pembesaran dan perkembangan otak bagi bayi pra-matang.
- Kelahiran Pra-Matang : Kajian pada tahun 2003 menunjukkan wanita yang mengambil telur yang diperkaya dengan omega-3 kurang melahirkan bayi pra-matang berbanding yang tidak mengambilnya.
Manfaat Omega-3 untuk Kanak-kanak dan remaja
- Attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) : Kanak-kanak yang hiperaktif biasanya mempunyai jumlah omega-3 yang rendah berbanding kanak-kanak normal. Penggunaan suplemen omega-3 dapat membantu membaiki tingkah laku, mengurangkan hiperaktif, dan meningkatkan tumpuan bagi kanak-kanak bawah 12 tahun.
Diabetes : Satu kajian kecil yang dijalankan ke atas kanak-kanak
yang mengidap diabetes jenis ke-2 (diabetes mellitus), mereka yang makan
makanan yang tinggi kandungan omega-3 mampu mengurangkan tahap
diabetes.
- Kemurungan : Kajian pada 2006, minyak ikan mampu mengurangkan simptom kemurungan keatas kanak-kanak dari usia 6-12 tahun.
0 comments