Kenapa yer penting sangat susu ibu ni? Sebelum ni memang saya tak pernah nak ambil kisah.Semasa menulis entri ni saya dah punyai 4 anak syurga. 3 anak sebelum ni memang tak lama menyusu mereka, yang sulung tak sampai pun 6 bulan, yang kedua 6 bulan sahaja, yang ketiga ingat-ingat dalam setahun lebih macam tulah....maafkan ibu sayang, tak menyusukan kalian sampai umur 2 tahun.
Better Late Than Never!!
Ya...itu apa yang saya lakukan untuk anak syurga saya yang ke-4.Masa tak boleh nak putar balik, tetapi saya dah pasang niat untuk jayakan misi penyusuan eksklusif dari sekarang.Sekiranya ditakdirkan ada lagi rezeki punyai anak..ya saya ingin menyusu badan sepenuhnya.
Teruja dan ghairah bila tahu kenapa perlu bayi susu badan sejak dari awal kelahiran....meh saya nak kongsi dengan anda..Semoga bermanfaat buat kita semua yer.
- Ia mudah dan cepat ( tak perlu botol, nak sukat & nak kocak2 )
- Ia melindungi bayi dari penyakit, virus, sakit perut, dan jangkitan serta mengurangkan risiko mereka untuk mendapat alergi dan lelah ( asthma )
- Susu ibu mengandungi oxytocin ( love hormone ) yang membantu membina hubungan erat antara ibu dan bayi.
- Ia mengandungi lebih 400 vitamin, mineral, lemak dan protin yang tidak boleh ditemui dalam mana-mana susu formula di pasaran.
- Bayi yang minum susu ibu mempunyai tahap IQ yang lebih tinggi berbanding bayi yang minum susu formula ( lebih lama bayi menyusu lebih tinggi tahap IQ nya )
- Susu ibu dihasilkan bersesuaian dengan keperluan nutrisi dan imunisasi badan bayi.
- Susu ibu melindungi bayi dari SIDs ( Sudden Infant Death Syndrome atau bayi mati mengejut )
- Ia membakar lebih dari 500 kalori sehari. Jadi, menyusu badan adalah cara paling cepat untuk menurunkan badan selepas bersalin.
- Susu ibu mengandungi protin dan lemak istimewa yang menggalakkan perkembangan otak bayi yang tidak boleh ditemui dalam mana-mana susu formula di pasaran.
- Susu ibu adalah 100% percuma dan menjimatkan kos perbelanjaan harian.
Saya juga amalkan set milk booster untuk melengkapkan keperluan nutrisi saya sepanjang penyusuan. Saya merasakan amat perlu untuk mengambil suplemen tambahan kerana sedar makanan yang diambil setiap hari tak mampu penuhi nutrisi untuk susu badan saya. Yelah....sayur memang saya kurang makan, buah-buahan pula bukannya setiap hari diambil. InsyaAllah, suplemen set milk booster ni bukan sahaja bantu tambahkan susu badan saya, malah susu lebih pekat, badan rasa makin cergas,kulit muka bertambah sihat dan kurang tekanan semasa penyusuan.
Perlukan khidmat konsultasi @ berminat untuk mencuba set milk booster ?
Boleh hubungi saya :
Fb : Nadia Muba
Wassup / Tel : 017-9090295
email : nadiahanimpaka@gmail.com
0 comments