Open top menu
Tuesday, February 18, 2014

Assalamualaikum..

Alhamdulillah cuaca sangat baik hari ini..Kain di jemuran pun cepatlah keringkan bila cuaca panas.Bersyukur masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini..Terima kasih Ya Allah!

Hmmm.....macam biasalah tengahari suami saya akan pulang untuk berehat dan makan tengahari..Lepas sampai rumah..terus pergi dekat saya dan peluk pinggang..kata suamiku..."Dah kurus isteri abg ni, nanti kalau balik Kedah mesti mak cakap abg kurang bagi makan dekat ibu,"..
Hahhahaha ke situ pula suami saya ini.Isteri kurus suami mana yang tak suka kan..sedap mata memandang.Masih jauh perjalanan ini untuk dapatkan berat yang ideal.InsyaAllah sokongan suami dan anak-anak penguat bagi diri saya untuk terus buat pengambilan makanan secara sihat di samping menggunakan SET SLIM DIET ( 1.Alfalfa & Herb Lax - pembersihan usus 2. Lecithin - pembakaran lemak 3. Esp/chinh - bina otot supaya tidak menggeleber ) ........pastinya dari Shaklee ;-)

Kadang-kadang tu yang tak tahan nak gelak bila saya dok buat senaman dekat dapur atau di depan tv anak-anaklah suka meniru apa yang saya buat.Pandai betul diorang ni sekat ibu sendiri yer.Satu lagi kesan positif bila saya dah kawal pemakanan dan hanya minum air masak setiap hari secara tak langsung anak-anak pun terikut minum air masak.Haa kan bagus,kalau tidak jangan haraplah diorang nak minum air masak,asyik minta suruh buatkan minuman yang manis-manis sahaja.Azam 2014 ini juga saya nak ubah gaya hidup kami sekeluarga ke arah hidup yang lebih sihat dan jadikan senaman sebagai rutin harian yang perlu dibuat untuk mengekalkan kesihatan dan berat badan yang unggul..wah!!! kelas kau jah...;-)

Suami pun ikut diet juga dengan cara kurangkan makan.Tetapi tidaklah buat macam saya.Ok lah kan bila suami pun dah terikut dengan kita so lagi senang lah proses saya nak turunkan berat.Kalau masa makan nampak sahaja saya terlebih makan, cepat-cepat suami tegur..kata suami.." Kata nak diet..tapi kalau makan macam tu bila nak kurus,". Tersentap saya,apa lagi suami dah tegur terus berhenti makan,basuh tangan dan pergi gosok gigi bagi hilang segala rasa dalam mulut.Hmmm lepas itu barulah rasa ok dan teruskan minum air masak sahaja.

Apa jenis produk yang kita gunakan untuk kurus...ianya hanya membantu.Kena ingat yang lain bergantung kepada diri kita untuk mengubah cara makan dan gaya hidup yang sihat.Kalau semua itu anda belum berjaya nak buat, memang susahlah lemak dalam badan nak hilang.Saya suka berkongsi sepanjang perjalanan saya dalam proses penurunan berat badan.Pokok pangkal atas diri kita sendiri.Saya tak pernah rasa kurus tau! Sebab itu nak buat sangat bagi capai berat ideal.Niat saya nak kurus supaya saya lebih sihat dan cergas dan tak malas-malas macam dolu-dolu.Sentiasa positifkan diri dan pandang ke hadapan.Buat sahaja dan pedulikan kata orang.Kalau dilayan kita yang makan diri.Kita buat kita yang untung, kalau kita masih tak sedar....duduklah di situ dalam zone selesa bagi anda yang tak mahu berubah.

Bulan 3, 2014 saya target untuk hilangkan lagi 10kg...Saya yakin saya boleh..Anda pun boleh!
Doakan perjalanan saya untuk berjaya dapatkan berat yang ideal yer ;-) Terima Kasih!
Different Themes
Nadia Hanim Menulis

Saya Nadia Hanim bt Mohamad pengedar sah SHAKLEE anda no. ID 1095456. Jom CANTIK dan SIHAT bersama Shaklee (Selamat Mesra Alam dan Berkesan) bukan hanya sekadar MENJUAL SUPPLEMENT SHAKLEE tetapi berkongsi ilmu mengenai KEBAIKAN SUPPLEMENT SEMULAJADI.

0 comments

Popular Posts