Open top menu
Saturday, February 15, 2014

Assalamualaikum..

Agak lama tak update status dekat blog nie..Malam ini,memang duduk depan pc update dan edit mana yang patut.Cerita minggu ni,anak-anak semua kena simptom 1 pakej = Demam,batuk dan selsema.Bermula dengan yang bongsu 4 hari lepas demam panas tidak kebah-kebah.Siap hubby carikan daun durian belanda untuk mandikan anak.Sebelum itu juga saya dah ikhtiarkan mandi daun bunga raya yang memang ada tanam di belakang dapur.Walaupun dah mandikan air daun-daun tapi belum menampakkan hasil..Ubat demam dah 4 kali masukkan..tapi suhu masih sama..kejap jer turun lepas jer anak bongsu bangun tidur terus naik lagi suhu badannya.Risau keadaan anakku yang memang susah nak minum ubat..siap pusing 360 darjah bila nak bagi minum syrup ubat demam dan lain-lain.Lastly terpaksa bawa anak ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.Bila dah lepas check-up dengan jururawat then nak pergi jumpa doktor,then doktor bagi tahu pula kena ambil darah anak dulu takut suspek denggi...selesai ambil darah dan keputusan then jumpa doktor,alhmdulillah darah anak ok.Lepas 4 hari anak yang bongsu demam...si abg Adib yang sulung pulak sakit tekak.Batuk pun berbunyi..kesian pula tengok keadaan anakku..apa yang mampu saya buat berdoa dan beri anak makan ubat dan minum air secukupnya...Tak lupa juga supplement shaklee yang sentiasa ada untuk anak-anak VITA CHEW, OMEGA & MEAL SHAKES.

VITA CHEW ~ Membantu mengukuhkan sistem imun
                       ~ Sesuai untuk kanak-kanak yang sukar menelan ubat.
                       ~ KEMAM,KUNYAH,TELAN ( Rasa oren yang sangat sedappp~!!!!)

OMEGA ~ Menggalakkan perkembangan mental kanak-kanak.
                ~ Untuk membantu pertumbuhan yang normal.

MEAL SHAKES ~ Merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah glicemic.
                             ~ Mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan.
                             ~ Sesuai sebagai makanan tambahan untuk kanak-kanak.



Semoga kita semua dapat berikan yang terbaik untuk anak-anak kita..Peringatan juga untuk diri saya sendiri tentang amanah anak dari Allah s.w.t yang WAJIB saya dan suami jaga sebaik mungkin..Begitu juga dengan diri anda.Setakat ini dulu..Doakan kesihatan anak saya cepat sembuh yer..amin.Sekian,wasalam.
Different Themes
Nadia Hanim Menulis

Saya Nadia Hanim bt Mohamad pengedar sah SHAKLEE anda no. ID 1095456. Jom CANTIK dan SIHAT bersama Shaklee (Selamat Mesra Alam dan Berkesan) bukan hanya sekadar MENJUAL SUPPLEMENT SHAKLEE tetapi berkongsi ilmu mengenai KEBAIKAN SUPPLEMENT SEMULAJADI.

0 comments

Popular Posts