Open top menu
Saturday, February 22, 2014
CABARAN 30 HARI

Assalamualaikum & Selamat Pagi...........

Entry hari ini nak kongsi cabaran pagi yang saya terima dari insan yang paling ku sayang...sayangku dah buka mulut untuk saya target hilangkan 10kg bermula hari ini.Sekarang berat saya 82kg means nak bagi dapat 72kg.Kalau dari 90kg dah turun ke 82kg..takkan nak buat lagi tak boleh.Saya YAKIN BOLEH!!!!!!!!!!!!! Abg, ibu terima cabaran 30 hari sayang..;-)

Rutin biasa mulakan pagi ini minum 1 sachet Shaklee Collagen Powder (*mix dengan milo sket).
Turun dapur hajat nak goreng telur pagi ini, huaaaa tengok-tengok stok telurku dah habis rupanyaa...1 papan untuk bajet saya seorang makan...hahahhaha muka pun macam telur dah ni.Telur dah habis, beli bungkus dekat suami nasi minyak,muka tak malu minta sikitlah ayam gulai abg ;-) .Lepas makan pagi ambil SET SLIM DIET lagi...Suamiku mc hari ini, so hari ni terpaksa off kelas erobik.Tapi itu tak jadi alasan untuk saya tidak bersenam.Baru sudah buat kardio dan zumba pagi ini.Akhirnya suami saya dapat lihat apa saya buat waktu pagi di rumah kalau kelas erobik off.Siap dok rakam pulak tu..mak aiii sempat lagi suami saya tu.Tak kisahlah janji keluar peluh, joget depan suami kan dapat pahala.

Stok lecithin pun dah masuk botol ke - 2.Tak sabar nak dapatkan berat ideal 65kg.Suami siap nak bagi "special gift" masa hari lahir bulan Mei nanti.InsyaAllah sayang, ibu akan buat demi kesihatan ibu,abang dan anak-anak kita.Bila badan sihat nak buat apa pun boleh.Kalau dulu memang saya malas nak buat senaman.Emosi tak stabil,selalu naik angin dan cepat letih.Tapi sekarang badan dah lebih cergas bila amal pemakanan seimbang, ambil supplement dan senaman secara konsisten setiap hari.



Read more
Thursday, February 20, 2014
SHAKLEE COLLAGEN POWDER

Assalamualaikum...

Entry kali ini saya nak kongsikan pengalaman saya masuk hari ini hari yang ke-3 menggunakan Shaklee Collagen Powder ( SCP ). Perubahan awal yang saya dah mula perasan kulit muka nampak shining berkilat...padahal apa satu pun tak tempek kat muka. Tangan pula rasa lembap jer, macam pakai krim losyenlah pula.Bestnyer dah 3 hari dah nampakkan perubahan...belum habis lagi sekotak ni.Ermmm tak sabarnya nak tunggu hasil selepas 1 kotak SCP digunakan.

Apa itu Shaklee Collagen Powder?
SCP adalah supplemen kolagen yang unggul,mengandungi 4,000 mg Kolagen RSS ( Sisik Ikan Merah ) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik ikan merah. Kolagen shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1,000 Dalton ( berat molekular kolagen disukat dalam Dalton ) amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

OOoooo patutlah..bila saya bancuh SCP nie..letak jer dalam air minuman bercampur milo sikit memang cepat SCP meresap.Mulalah terbayang..mesti dalam tubuh nanti kandungan SCP cepat meresap dan tindakbalas akan cepat berlaku.



Manfaat Utama Shaklee Collagen Powder

1. Semakin kita menua, tubuh kita menghasilkan semakin kurang dan semakin kurang kolagen, mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, di samping kulit yang semakin kendur. Umur bukanlah hanya satu faktor yang menyebabkan kekurangan kolagen di dalam tubuh kita. Kerosakan kolagen boleh juga dipercepatkan dengan faktor luaran seperti matahari, radikal bebas di udara, air, nutrisi, merokok dan lain-lain. Justeru itu, SCP , mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut-kedut.

2. Tampak Lebih Muda.  ( part ni saya suka!!!! )
    - Kolagen bermanfaat dalam membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula.
    - Kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih akan hulang dan pangkal kuku akan mengekalkan
      warna yang sihat.
    - Kulit akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik. Kulit juga akan sembuh dengan
      cepat dan ini akan membantu mengurangkan parut.
    - Membantu menghilangkan tanda penuaan.

3. Rasa Lebih Muda. ( Umur dah meningkat tapi kulit macam anak dara....bestkan! )
    - Kolagen adalah sama penting untuk tulang seperti tulang perlukan kalsium.
      Kolagen mebantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinannya menjadi rapuh.
    - Kolagen juga membantu mengurangkan kesakitan dan geseran disendi-sendi.
    - Baik untuk mata. Kornea memrlukan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata
      supaya tetap anjal.
    - Memastikan otak sentiasa sihat. Set glya membekalkan nutrisi kepada otak dan ini disokong oleh
      kolagen. Adalah penting untuk menentukan agar otak anda mendapat manfaat kolagen agar minda
      akan tetap berada dalam kedaaan baik semakin menua.

7 ramuan utama termasuk ekstrak biji Camelia japonica, kolagen ikan, ekstrak kekerang, Lactobacillus acidophilus, vitamin c dan vitamin B, digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luar.

FUNGSI RAMUAN UTAMA

Kolagen dari sisik ikan merah
- sisik ikan merah yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding kolagen haiwan.



Ekstrak biji Camellia japonica
- biji camellia japonica terdiri dari asid oleik, satu emolien dan pelembab kulit yang hebat, dan isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

Ekstrak Pfaffia
- Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji camillia japonica, membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikankulit lembut, lembap dan licin.

Elastin from kolagen ikan
- Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik.

Vitamin C dan Vitamin B
- Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang boleh merosakkan kulit kita.
Vitamin B turut serta dalam metabolima karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.

Ekstrak kekacang
Glucosamine ekstrak kekacang adalah penting di dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

Lactobacillus acidophilus
Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.





Read more
Wednesday, February 19, 2014
GULA OH GULA!

Gula putih tulen, manis dan sedap rasanya tetapi tidak berguna dari segi nutrisi. Gula pada waktu pagi, gula pada waktu petang, dan gula lagi pada waktu makan malam.

Sebagai sejenis kimia, gula merupakan racun bagi badan dan menjadi punca di sebalik pelbagai penyakit. Kita telah ketagih oleh rasanya yang manis dan sudah tidak berupaya lagi untuk menjauhinya.

Mengapakah gula begitu membinasakan kepada kesihatan kita?

Gula ialah kimia tulen dan dalam menjalani pemprosesan, semua nutrisi makanan semula jadi yang asalnya terkandung di dalam tumbuhan itu sendiri telah dikeluarkan.

Gula bukan lagi merupakan jisim semula jadi kerana ia dikeluarkan melalui proses industri (kebanyakannya daripada pokok tebu atau ubi bit) dengan melakukan penapisan sehingga menjadi sukrosa yang tulen. 





Semua vitamin, mineral, protein, enzim-

enzim dan nutrient-nutrien bermanfaat yang lain dikeluarkan daripadanya.

Apa yang tinggal lagi ia lebih kelihatan seperti sejenis dadah daripada makanan; iaitu jisim yang begitu pekat dan bukan lagi semula jadi yang tidak mudah dicernakan oleh badan manusia.

Lebih-lebih lagi dengan pengambilan dalam jumlah yang begitu banyak mengikut gaya hidup masa ini.

Nota: Gula (glukosa) di dalam badan kita juga boleh tercipta daripada hasil penghadaman dan pencernaan makanan-makanan yang berkanji seperti kek, roti, nasi, ubi kentang dan mi. 








Pradiabetes

Mereka yang menghidap pradiabetes mempunyai paras gula darah yang lebih tinggi daripada normal tetapi tidak cukup tinggi untuk didiagnosis sebagai pesakit diabetes sepenuhnya.

Mereka yang menghidap pradiabetes mempunyai paras glukosa semasa berpuasa yang terjejas (6.1 hingga kurang daripada 7 mmol/l).

Paras ini mengisyaratkan bahawa terdapat risiko tinggi untuk menghidapi diabetes jenis 2 dalam jangka masa 10 tahun akan datang.

Anda dapat mengurangkan dengan ketaranya risiko untuk menghidapi mana-mana komplikasi ini sekiranya anda mengawal paras glukosa darah dan tekanan darah anda, serta diiringi dengan tabiat pemakanan yang sihat, dan melakukan kegiatan-kegiatan fizikal dengan kerap.
Read more
Tuesday, February 18, 2014
no image

Assalamualaikum..

Alhamdulillah cuaca sangat baik hari ini..Kain di jemuran pun cepatlah keringkan bila cuaca panas.Bersyukur masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini..Terima kasih Ya Allah!

Hmmm.....macam biasalah tengahari suami saya akan pulang untuk berehat dan makan tengahari..Lepas sampai rumah..terus pergi dekat saya dan peluk pinggang..kata suamiku..."Dah kurus isteri abg ni, nanti kalau balik Kedah mesti mak cakap abg kurang bagi makan dekat ibu,"..
Hahhahaha ke situ pula suami saya ini.Isteri kurus suami mana yang tak suka kan..sedap mata memandang.Masih jauh perjalanan ini untuk dapatkan berat yang ideal.InsyaAllah sokongan suami dan anak-anak penguat bagi diri saya untuk terus buat pengambilan makanan secara sihat di samping menggunakan SET SLIM DIET ( 1.Alfalfa & Herb Lax - pembersihan usus 2. Lecithin - pembakaran lemak 3. Esp/chinh - bina otot supaya tidak menggeleber ) ........pastinya dari Shaklee ;-)

Kadang-kadang tu yang tak tahan nak gelak bila saya dok buat senaman dekat dapur atau di depan tv anak-anaklah suka meniru apa yang saya buat.Pandai betul diorang ni sekat ibu sendiri yer.Satu lagi kesan positif bila saya dah kawal pemakanan dan hanya minum air masak setiap hari secara tak langsung anak-anak pun terikut minum air masak.Haa kan bagus,kalau tidak jangan haraplah diorang nak minum air masak,asyik minta suruh buatkan minuman yang manis-manis sahaja.Azam 2014 ini juga saya nak ubah gaya hidup kami sekeluarga ke arah hidup yang lebih sihat dan jadikan senaman sebagai rutin harian yang perlu dibuat untuk mengekalkan kesihatan dan berat badan yang unggul..wah!!! kelas kau jah...;-)

Suami pun ikut diet juga dengan cara kurangkan makan.Tetapi tidaklah buat macam saya.Ok lah kan bila suami pun dah terikut dengan kita so lagi senang lah proses saya nak turunkan berat.Kalau masa makan nampak sahaja saya terlebih makan, cepat-cepat suami tegur..kata suami.." Kata nak diet..tapi kalau makan macam tu bila nak kurus,". Tersentap saya,apa lagi suami dah tegur terus berhenti makan,basuh tangan dan pergi gosok gigi bagi hilang segala rasa dalam mulut.Hmmm lepas itu barulah rasa ok dan teruskan minum air masak sahaja.

Apa jenis produk yang kita gunakan untuk kurus...ianya hanya membantu.Kena ingat yang lain bergantung kepada diri kita untuk mengubah cara makan dan gaya hidup yang sihat.Kalau semua itu anda belum berjaya nak buat, memang susahlah lemak dalam badan nak hilang.Saya suka berkongsi sepanjang perjalanan saya dalam proses penurunan berat badan.Pokok pangkal atas diri kita sendiri.Saya tak pernah rasa kurus tau! Sebab itu nak buat sangat bagi capai berat ideal.Niat saya nak kurus supaya saya lebih sihat dan cergas dan tak malas-malas macam dolu-dolu.Sentiasa positifkan diri dan pandang ke hadapan.Buat sahaja dan pedulikan kata orang.Kalau dilayan kita yang makan diri.Kita buat kita yang untung, kalau kita masih tak sedar....duduklah di situ dalam zone selesa bagi anda yang tak mahu berubah.

Bulan 3, 2014 saya target untuk hilangkan lagi 10kg...Saya yakin saya boleh..Anda pun boleh!
Doakan perjalanan saya untuk berjaya dapatkan berat yang ideal yer ;-) Terima Kasih!
Read more
Monday, February 17, 2014
 Panduan Untuk Kesihatan Sistem Pencernaan

Sistem pencernaan adalah sistem terpenting dalam kehidupan kita. Ia adalah satu sistem yang menyerap nutrien dan membuang bahan toksik. Kegagalan sistem pencernaan berfungsi dengan baik menyebabkan tubuh kita tidak dapat menyerap nutrien yang optimum, dan juga tidak dapat menyahtoksin dengan sempurna. Sudah pasti masalah pencernaan memberi pelbagai kesan tidak elok kepada aktiviti harian kita.
5 cara untuk memperbaiki kesihatan sistem pencernaan:-
  • Makanlah makanan yang menghasikkan alkali sebanyak 80% dan makanan yang menghasilkan asid sebanyak 20%. Oleh itu kena banyakkan makan sayur dan buah.

 
  • Makanlah buah yang lembut dan mudah menjadi busuk sebagai snek, contohnya buah betik, mangga, tembikai susu, etc.
  • Makan protin dari sumber haiwan bersama sayuran.
  • Elakkan semua sumber karbohidrat bertapis.
  • Jangan makan sebelum tidur atau sebaik saja bangun tidur.
Jagalah kesihatan sistem pencernaan ni. Pemilihan makanan yang baik-baik memudahkan makanan kita diproses, dicerna dan diserap nutrisinya.
Sekiranya mengambil vitamin, pastikan ambil selelepas makan untuk mengoptimumkan penyerapan nutriennya.
Untuk detox bahagian usus, anda boleh mengamalkan Herb-Lax dari Shaklee.

Read more
Kenapa Perlu Ada Alfalfa Di Rumah Anda?

Alfalfa berasal dari perkataan Arab, Al-Fash-Fash, bermaksud “bapa segala tumbuhan”. Ia sangat kaya dengan vitamin, mineral dan nutrien lain yang memainkan peranan besar dalam kesihatan seperti menguatkan tulang serta keseluruhan tubuh.
Alfalfa digunakan dalam perubatan tradisional Cina sejak kurun ke-6 untuk merawat pelbagai penyakit seperti masalah buah pinggang, mengelakkan edema, artritis, memperbaiki sistem pencernaan, sistem rangka, kelenjar dan salur kencing. Alfalfa digunakan untuk membersihkan darah dan detoks tubuh.
Antara kebaikan2 alfalfa:
  • mengurangkan simptom menopos
  • menurunkan kolesterol
  • mengelakkan strok
  • menguatkan tulang dan melegakan artritis
  • diuretik
  • membantu dalam anemia
  • masalah pencernaan
  • IBS (irritable bowel disorder)
  • membantu penyembuhan tulang yang patah
  • menyeimbangkan hormon
  • membanyakkan susu badan
  • meningkatkan vitamin K terutama bagi mereka yang mengambil ubat-ubatan seperti amoxicillin, gentamicin dan streptomycin
Alfalfa mengandungi asid amino seperti arginine, lysine, theronine dan typtophane. Asid amino ini penting untuk pelbagai fungsi tubuh.

Ia juga adalah makanan alkali bagi mengelakkan jangkitan dalaman.

Alfalfa mengandungi mangan yang dapat membantu menyeimbangkan gula dalam darah bagi pesakit diabetes.

Alfalfa adalah sumber vitamin K terbaik. Vitamin K membantu dalam pembekuan darah di mana dia menggerakkan kalsium kepada protein yang membentuk jaringan mikroskopik untuk menyangkut sel darah merah.

Banyak sekali kebaikan alfalfa ni. Pastikan anda menyediakan sebotol atau dua di rumah!




Read more
13 Kebaikan Lecithin, Bukan Sekadar Kuruskan Badan!

Sekarang ni Lecithin menjadi sebutan dalam hal ehwal menguruskan badan, menurunkan kadar kolesterol, memecahkan lemak, dan sebagainya.
Namun, tahukah anda fakta lanjut tentang Lecithin?

 

Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’….dalam kata ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah…dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran..
ikuti 13 kelebihan Lecithin yang saya petik dari artikel Kak Cery:
Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan .. contoh buat kek…yg basic tu mcm tepung gula telur..kalo dak..tak jadi kek tu..haa gitulah.Lecitin boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung, soybeans …dan tahukah anda ~ Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of lecithin…dan yang menariknya..Lecitin Shaklee adalah bersumberkan dari soybean… i likeee…Dan tgh2 mlm ni saya nak share 13 kelebihan tentang Lecitin yang anda perlu tahu.,.
  1. Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol,triglycerides dan lemak2 yg lain.Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure,stroke,heart disease, arteri yg mengeras … Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini
  2. Kenapa org yang nak kurus suke lecitin?Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye..ianya memecahkan lemak)..Tahukah anda..Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian… Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
  3. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn..Tanpa lecitin yg mencukupi..membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan….Banyak faktor seperti bahan2 kimia daripersekitaran yg tercemar,bahan2 metal,dadah,food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2…jadi dgn cara menambahkan pengambilan Lecitin ,pasti ianya keputusan yg bijak.,
  4. Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.
  5. Lecitin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf.Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecitin
  6. Lecitin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria.Disamping itu, struktur lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida
  7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf.Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory) . Lecitin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan…
  8. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..
  9. Lecitin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema
  10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.
  11. Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat..cantik berkilat,kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
  12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine, .Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.
  13. Lecithin, bersama unsur2lain digunakan utk membuat BILE.. Bile ni fungsinya plak mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan
*Sebiji lecithin Shaklee mengandungi 530mg of Lecithin..jadi kiralah sendiri yer brapa biji anda perlu mkn sehari.. :-) 


Wow, menarik kan fakta tentang Lecithin ni.
Apa lagi, dapatkanlah bekalan Lecithin anda hari ini dengan menghubungi saya, NadiaPAKA 019-5240418.



Read more
TESTIMONI PENGGUNA SHAKLEE COLLAGEN POWDER

Haaaa!!!!

Jom tengok kawan-kawan yang dah berjaya dapatkan kulit yang halus mulus,gebu,flawless & glowing menggunakan Shaklee Collagen Powder.Tak sabar nak dapatkan kulit macam diorang. Semua berhak mendapatkan kulit yang sempurna yang penting kena berusaha mendapatkannya....;-)

TESTIMONI # 1










TESTIMONI # 2




TESTIMONI # 3

 


TESTIMONI # 4


TESTIMONI # 5



TESTIMONI # 6




 TESTIMONI # 7

 



BUAT PENILAIAN ANDA SEKARANG!
Bertindak jika ingin berubah...;-)
Read more
Saturday, February 15, 2014
no image

Assalamualaikum...

Sementara menunggu masa tuk pick up anak kat sekolah...update blog dululah...hehehe.Pagi tadi macam biasa rutin saya bawa anak yang bongsu pergi kelas aerobik.Dah sampai lepas tukar baju terus pi timbang 84.6kg...Alhmdulillah..masih turun walaupun 2 hari tak pergi kelas..cuma buat workout sikit dekat rumah, PLANK & guide exercises download from U-Tube.Mudahnya sekarang semua ada cuma nak tak nak jer kan..Kalaulah dulu kesedaran saya timbul..mungkin masa sekarang berat badan dah ideal...Fokus Nadia!!!!Jangan pandang belakang...move step forward..Your journey to slim have started...Fight and Go for it.U can do it! ( ayat2 ni mmg selalu saya cakap untuk motivate diri supaya tak mudah give up.
Contoh senaman yang boleh dilakukan :

Sila klik jika anda berminat untuk SLIM ;-)

1. EROBIK

2. PLANK

3. SQUAT

Setakat ini..memang senaman di atas yang saya buat.Squat bagi newbies yang nak mulakan digalakkan untuk buat secara perlahan-lahan dan mengikut turutan.Pengalaman saya ghairah sangat nak buat..lupa pula panaskan badan..terus kejang urat peha tau..2 hari makan masa nak cover balik.

Plank best!!! set masa stopwatch di handphone dah bertahan selama yang boleh..setakat ini baru boleh buat 30 sec 3 x..kena up kan setiap hari..ada yang boleh bertahan sampai 50 sec.korang boleh takkan saya tak boleh..nak juga sampai tahap itu."Practice make perfect".

Kalau orang kata susahnya nak buat diet.Kena kawal makan,kena senaman..tak laratlah..TAPI nak KURUS!
Tiada alasan dan tiada cara lain cuma perlu fokus,tanamkan dalam diri,yakin,dan sentiasa berdoa kepada Allah mohon dipermudahkan.Betulkan niat kita nak kurus untuk apa..Kalau betul kita punya niat...insyaAllah proses penurunan berat akan berjalan dengan lancar.

Dok menaip ni pun air masak dah masuk botol ke - 2.lagi 2 liter perlu dihabiskan..Lamanya dah sentuh air ais dan air manis2.Tapi alhamdulillah masih bisa saya tepis godaan itu demi kesihatan yang berpanjangan.

Untuk ketahanan badan bila dah buat diet ini..memang tersangatlah perlu.Kalau tidak badan akan cepat letih dan lesu.Oleh sebab itulah saya makan SET SLIM DIET Shaklee.Supplement yang selamat & organics,so tak perlu nak risau kesan sampingan..semua orang dah tahu kebaikan produk shaklee.50 tahun dah dalam dunia perubatan.Kalau produk tak bagus takkan boleh bertahan lama.Fikir2 kanlah.

Nak share juga terbaca post yang orang komen pasal set slim diet shaklee ini..tipulah..aku dah berhabis banyak duit..tak turun-turun pun berat.Sepatutnya berfikirlah dahulu sebelum nak komen..Back to previous balik kaji apa yg korang makan,cara hidup korang,senaman dan macam-macam faktor lagi..janganlah dijadikan penyebab supplement ini tak berkesan.Sepatutnya kena faham..supplement ini hanya membantu selebihnya atas usaha kita..kalau makan jer supplement tapi makan still dalam kuantiti yang banyak,senaman pun tidak.macam manalah turun berat tu.

Apapun keputusan ditangan diri sendiri.Orang lain tak boleh nak tolong kena sendiri push diri kalau nak turunkan berat badan.Semoga saya juga dapat melalu fasa induction ini dengan berjaya..Sekian dulu coret2 hari ini.Nanti saya sambung lagi yer ;-)

Assalamualaikum...
Read more
My Journey 2 Slim

Kisah perjalananku untuk mencapai berat badan yang ideal....insyaAllah ;-)

15/1/2014
Saya mula diet dengan kurangkan pengambilan karbo dan lebihkan protein.
Berat Asal : 90.2 kg
Tinggi : 163 cm
Banyak juga lemak saya terkumpul selepas dah lebih 7 tahun berumahtangga..Tapi kalau diikutkan masa zaman belajar dekat universiti berat saya 80kg..means penambahan sebanyak 10kg..!!!!
Nekad nak kurangkan berat sebab umur dah makin meningkat..lepas tu saya tak pernah rasa berat ideal...So,memang nak sangat2 bagi dapat berat ideal.Saya pun nak buktikan pada suami tercinta isteri abg pun boleh kurus juga.Alhamdulillah suami orang yang banyak bagi dorongan dan semangat untuk saya.
Pertengahan diet saya ke laut juga.Nafsu mengatasi imanku..Lepas sedar..sambung balik dietku.Senaman yang memang saya buat 4x seminggu..apa lagi erobiklah.Bila lama tak buat nak mula balik memang rasa malas sangat.Tapi bila dah mula erobik badan akan automatik jadi cergas..1 jam dok berjoget pun tak rasa penat sangat...(*layan lagu best2 cikgu pasang memang hilanglah penat).

31/1/2014
Berat : 86 kg
Jumlah Penurunan : 4.2kg
Teruja sangat bila timbangan turun.Pemakanan yang seimbang dan menggunakan SET DIET SHAKLEE memang ternyata berbaloi-baloi..Tapi memang saya pesan dekat diri awal-awal,makanlah produk kurus apapun tapi kalau pemakanan yang diambil setiap hari main bedal sahaja,senaman pun kurang lepas itu nak berat turun berkilo-kilo memang susahlah.Sesetengah orang suka menyalahkan produk kurus jika berat tak turun-turun..Sebelum menyalahkan produk,semak dulu apa yang kita makan,senaman dan cara hidup kita semua itu ada hubungkaitnya.Saya percaya jika dilakukan secara konsisten pastinya hasil sangat mantopppp!!!!!

Berat Terkini!!!!
Saya tak nak timbang lagi...sebab sekarang saya jugak dah buat satu kumpulan whatsapp bersama kawan-kawan facebook yang berat 90kg.Target kami semua sama, mahukan berat badan yang ideal melalui pemakanan yang seimbang dan senaman. Dalam kumpulan ini,kami berkongsi aktiviti harian,menu dan senaman yang dibuat.Banyak perkara baru yang dapat saya belajar bersama kawan-kawan di alam maya ini..Misi kami untuk diet permulaan yang berlangsung selama 14 hari..Semua rekod dikemaskini oleh saya sendiri dan sebagai bonus, saya menjanjikan hadiah untuk kawan-kawan yang paling banyak turun berat (kg) dalam tempoh 2 minggu tersebut.

 3 PRINSIP UNTUK KURUS


1)BERSIHKAN USUS
    -Detox dan Bersih usus untuk penyerapan vitamin dan mineral lebih berkesan.
     Alfalfa @ Herb Lax tolong mendetokfikasikan toksin dalam badan. 
2)BUANG LEMAK- 
    -Bakar dan buang lemak dengan Lecithin @ OmegaGuard . 
     Lecithin pengemulsi lemak punca kegemukan.Omegaguard bakar lemak lebih cepat.

3)BINA OTOT
    -Bina otot dan Buang Lemak dengan Cinch,beri tenaga berpanjangan dan memberi rasa kenyang.
 
Nak kurus sihat ikut bajet & kemampuan masing-masing. Semua boleh kurus jika anda mahukan dan bersungguh-sungguh dalam diet yang anda buat.Saya masih lagi jauh perjalanan untuk mendapatkan berat ideal..Tetapi memang dah mind set raya tahun ini 2014 sudah mendapatkan berat ideal yang dah dah lama saya tunggu.Gambar saya? Tunggu yer ;-)


Read more
DEMAM~BATUK~SELSEMA

Assalamualaikum..

Agak lama tak update status dekat blog nie..Malam ini,memang duduk depan pc update dan edit mana yang patut.Cerita minggu ni,anak-anak semua kena simptom 1 pakej = Demam,batuk dan selsema.Bermula dengan yang bongsu 4 hari lepas demam panas tidak kebah-kebah.Siap hubby carikan daun durian belanda untuk mandikan anak.Sebelum itu juga saya dah ikhtiarkan mandi daun bunga raya yang memang ada tanam di belakang dapur.Walaupun dah mandikan air daun-daun tapi belum menampakkan hasil..Ubat demam dah 4 kali masukkan..tapi suhu masih sama..kejap jer turun lepas jer anak bongsu bangun tidur terus naik lagi suhu badannya.Risau keadaan anakku yang memang susah nak minum ubat..siap pusing 360 darjah bila nak bagi minum syrup ubat demam dan lain-lain.Lastly terpaksa bawa anak ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.Bila dah lepas check-up dengan jururawat then nak pergi jumpa doktor,then doktor bagi tahu pula kena ambil darah anak dulu takut suspek denggi...selesai ambil darah dan keputusan then jumpa doktor,alhmdulillah darah anak ok.Lepas 4 hari anak yang bongsu demam...si abg Adib yang sulung pulak sakit tekak.Batuk pun berbunyi..kesian pula tengok keadaan anakku..apa yang mampu saya buat berdoa dan beri anak makan ubat dan minum air secukupnya...Tak lupa juga supplement shaklee yang sentiasa ada untuk anak-anak VITA CHEW, OMEGA & MEAL SHAKES.

VITA CHEW ~ Membantu mengukuhkan sistem imun
                       ~ Sesuai untuk kanak-kanak yang sukar menelan ubat.
                       ~ KEMAM,KUNYAH,TELAN ( Rasa oren yang sangat sedappp~!!!!)

OMEGA ~ Menggalakkan perkembangan mental kanak-kanak.
                ~ Untuk membantu pertumbuhan yang normal.

MEAL SHAKES ~ Merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah glicemic.
                             ~ Mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan.
                             ~ Sesuai sebagai makanan tambahan untuk kanak-kanak.



Semoga kita semua dapat berikan yang terbaik untuk anak-anak kita..Peringatan juga untuk diri saya sendiri tentang amanah anak dari Allah s.w.t yang WAJIB saya dan suami jaga sebaik mungkin..Begitu juga dengan diri anda.Setakat ini dulu..Doakan kesihatan anak saya cepat sembuh yer..amin.Sekian,wasalam.
Read more

Popular Posts