Open top menu
Sunday, August 17, 2014
Ibu Hamil: Vitamin yang boleh dan tidak boleh diambil!!

Assalamualaikum....

Hari ini saya cuma ingin berkongsi dengan anda tentang vitamin-vitamin yang tidak digalakkan ambil semasa hamil. Walaupun Shaklee merupakan supplement atau makanan tambahan, namun untuk memastikan anda dan kandungan anda sihat dan selamat, maka anda perlu alert beberapa jenis vitamin dan kandungan vitamin yang tidak sesuai diambil semasa hamil. Nak tak nak anda harus bersabar sehingga selepas kelahiran untuk mengambil vitamin-vitamin tersebut..


IBU HAMIL....Sila elakkan daripada mengambil vitamin-vitamin seperti di bawah:

* Alfalfa
* DTX Compleks
* Carotomax
* Garlic Compleks
* Herb Lax
* Vitamin E
* GLA
* Chinch


*Pengecualian untuk teruskan pengambilan hanya jika anda mendapat saranan doktor.

Kenapa ibu hamil tak boleh ambil?

Cinch tidak digalakkan ambil kerana ia sangat rendah kalori dan mungkin menjejaskan nutrisi yang diperlukan bayi anda.Vitamin-vitamin yang tinggi antioksidan seperti Vit E, vivix, GLA dan Carotomax tidak digalakkan diambil di awal kandungan kerana dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Begitu juga dengan alfalfa yang boleh merangsang pengecutan rahim anda. Biasanya pada awal kehamilan, antibodi si ibu menurun bagi memberi laluan untuk janin membesar dalam rahim ibunya. Pengambilan vitamin yang tinggi antioksida akan membantu meningkatkan sistem imun si ibu, seterusnya tubuh ibu akan melihat janin tadi sebagai “bendasing” yang perlu disingkir keluar lalu boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung. Oleh itu, sebelum anda membeli apa jua vitamin, pastikan konsultasi diberikan agar pengambilan vitamin memberi kesan kesihatan yang optimum.

Jadi, apa Vitamin yang sesuai untuk ibu hamil?

Ibu hamil digalakkan mengambil multivitamin dan vitamin yang tinggi zat besi, mengandungi asid folik yang cukup kerana ia penting untuk perkembangan bayi dan mengelakkan kecacatan, kalsium yang mencukupi, vitamin c dan minyak ikan. Sebahagian vitamin ini juga dikenali sebagai 'hematinic vitamin' sebagaimana yang dibekalkan oleh klinik-klinik dan hospital kerajaan. Namun, jika anda mempunyai bajet sendiri untuk vitamin pilihan anda, tidak salah untuk anda mencuba Set Ibu Hamil Shaklee.




Set Ibu Hamil Shaklee terbahagi kepada 2 kategori iaitu Set Ibu Hamil Trimester 1 dan Set Ibu Hamil Trimester 2 dan 3. 

Set Ibu Hamil Trimester 1
  • BComplex (dengan asid folik)
  • Vitalea (Multivitamin dengan zat besi)
  • Vita C(Vitamin untuk mengurangkan risiko demam dan selsema semasa hamil)
  • Ostematrix(Kalsium untuk menguatkan tulang anda bagi persediaan sebelum dan selepas kelahiran)
Set Ibu Hamil Trimester 2 dan 3
  • BComplex (dengan asid folik)
  • Vitalea (Multivitamin dengan zat besi)
  • Vita C(Vitamin untuk mengurangkan risiko demam dan selsema semasa hamil)
  • Ostematrix(Kalsium untuk menguatkan tulang anda bagi persediaan sebelum dan selepas kelahiran)
  • Omega Guard(Minyak ikan yang mengandungi DHA dan EPA)
Add On
  • ESP(Untuk kecantikan kulit semasa hamil serta kulit bayi yang sihat dan membekalkan tenaga tambahan)
Anda adalah apa yang anda makan..begitu juga dengan anak anda..Jika anda telah mengamalkan pemakanan sihat yang mencukupi keperluan nutrisi anda ketika hamil, itu adalah lebih baik. Set ini hanya membantu anda melengkapkan pengambilan nutrisi anda ketika hamil..Namanya pun makanan tambahan, kan..
Semoga anda mendapat yang terbaik sepanjang kehamilan anda..

Jika berminat untuk mencuba Set Hamil Shaklee boleh hubungi saya seperti di bawah:

✍ PM: NadiaMuba
✐ Blog: nadiapaka.blogspot.com
✉ Email: nadiahanimpaka@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 017-9090295
➲ COD Area: paka,kerteh,dungun dan pos 1 Malaysia











Read more
Thursday, August 14, 2014
KETAHUI APA ITU PENYAKIT CYST @ Endometriosis & PUNCANYA



Penyakit Endometriosis
Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa.    Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya.    Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan , kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali.    Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain.

Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?
Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim.    Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid.   Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisyu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.


‘Chocolate cyst’ – Endometriosis dalam ovary.
Bagaimana selaput endometrium ini boleh tumbuh di luar rahim?     
Biasanya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament),  saluran fallopian, pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan untuk tujuan lain.  Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis.
    Bagaimana tisyu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat.  Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini.    Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian.   Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus).    Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang penyakit endometriosis.
     Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar.    Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku.    Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku dikalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress),  yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.
    Ada juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri.   Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.
   Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat.

Apakah tanda-tanda atau gangguan? 
 Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang.Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin.Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis.Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.
       Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi.Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding/otot rahim.
   Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid.Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar.
Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan.   Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis.Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.

Bagaimana pengidap endometriosis ini boleh jadi mandul? 
Sebenarnya ada beberapa penjelasan.Di antaranya penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih.Kedua mungkin menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telor.Ketiga mungkin endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo.Seterusnya endometriosis mungkin menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.Tetapi dikalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan. 
 
Keguguran
Endometriosis juga boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal.    Bagaimana ia menyebabkannya kita tidak tahu, tetapi ada kemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh membunuh atau menganggu pertumbuhan janin.    Kadang-kala wanita yang mengidap penyakit endometriosis boleh gugur berulang-kali.
Lain lain tanda atau gangguan akibat dari penyakit endometriosis termasuklah berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di bahagian pinggang serta juga berbagai masalah perdarahan samada waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan.   Kadang-kadang berlaku perdarahan di luar waktu haid.   

Pengesahan penyakit endometriosis.
Daripada tanda-tanda tersebut kita sering mengesyaki pengidap penyakit endometriosis dan ini dapat disahkan melalui beberapa pemeriksaan serta ujian.   Apa yang biasa dilakukan yang mempunyai tanda-tanda ialah pemeriksaan kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila disentuh bahagian belakang rahim ia akan merasa kesakitan.    Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan tumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.
Rawatan penyakit endometriosis 
Oleh kerana kebanyakan daripada mereka yang bertemu doktor mengalami ketidaksuburan ataupun berulangkali gugur yang mungkin disertai oleh senggugut, mereka memerlukan rawatan yang sewajarnya.    Yang penting sekali tujuan rawatan ialah untuk wanita tersebut hamil, kerana keadaan hamil boleh mengawal pertumbuhan atau menghapuskan sama sekali penyakit endometriosis ini.

Pembedahan untuk membuang endometriosis
 Jika terdapat ‘chocolate cyst’ ataupun keadaan rahim yang terbalik (retroverted) pembedahan akan dilakukan. Biasanya saya sendiri mencadangkan pembedahan secara laparoscopy disertai dengan pembedahan kecil pada bahagian bawah perut dengan irisan lebih kurang dua atau tiga inci untuk membuang tumbuhan cyst serta untuk membersihkan dan membuat cautery atau tembakan pancaran laser pada bahagian-bahagian yang terkena tumbuhan endometriosis.

Pembedahan ini juga membolehkan doktor membetulkan rahim dengan menjahit rahim ke otot perut di bahagian hadapan (ventro-suspension of the uterus).    Setelah ini dilakukan, bahagian peranakan serta bahagian sekitarannya akan dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan keracunan yang dikeluarkan oleh endometriosis.   Jika terdapat kesumbatan pada saluran fallopian ketika pembedahan, keadaan ini juga boleh diperbetulkan sekali.
Selain daripada secara pembedahan, rawatan dengan ubat-ubat sering juga dilakukan.   Di pasaran terdapat banyak ubat-ubat hormon yang digunakan di antaranya hormon-hormon Progesterone yang mana diantara jenamanya ialah Primulut, Norculut atau lainnya yang digunakan selama enam hingga sembilan bulan dengan tujuan untuk menghentikan haid.  Juga terdapat ubat-ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah sama iaitu untuk menghentikan haid dan mengurangkan tumbuhan endometriosis ini. 
Dalam beberapa tahun yang lepas ubat-ubat terbaru yang diberikan secara suntikan sebulan sekali dan terdapat berbagai jenama seperti Zoladex dan lain-lain untuk digunakan selama enam hingga sembilan.      Suntikan-suntikan tersebut  agak mahal  sedikit dan ia memberi kesan sampingan seperti yang dialami oleh wanita yang sedang putus haid manakala kesan sampingan yang lain seperti apabila memakan pil Danazol ialah perubahan-perubahan yang menimbulkan sifat kelelakian seperti tumbuh rambut dan suara menjadi kasar.  Peningkatan timbang berat juga merupakan satu kesan sampingan.     Saya sekarang ini kurang menggunakan ubat-ubat untuk merawat pesakit-pesakit  endometriosis khususnya mereka yang mempunyai masalah kemandulan atau keguguran yang berulangkali.   Saya lebih suka melakukan pembedahan untuk membetulkan kedudukan rahim dan juga melakukan lain-lain pembetulan dan pembersihan di dalam dan persekitaran rahim kerana hasil dari segi mendapatkan kehamilan berlaku dengan lebih kerap dan cepat lagi.  Apabila wanita itu hamil, Insya Allah penyakit endometriosis ini terkawal dan jarang berulang lagi.
Bolehkah penyakit berulang? 
 Penyakit endometriosis adalah sejenis penyakit yang tidak diketahui apa puncanya dan ia sering berterusan tumbuh serta merosakkan peranakan dan usus. Kerosakan ini boleh menyebabkan seorang wanita terus mandul, atau mengalami kesakitan yang amat teruk. Pada kebiasaanya jika wanita itu hamil dalam masa setahun lepas pembedahan, kemungkinan ia berulang agak kecil. Tetapi jika tidak hamil lepas dua tahun, kemungkinan berulang adalah besar.
Selain dari kehamilan, kita tidak mengetahui dengan tepat kaedah mencegah penyakit endometriosis dari berulang.
Tetapi amalan mengawal makanan, iaitu dengan menjauhkan makanan yang menyebabkan alahan seperti beberapa jenis makanan laut, daging lembu atau kambing. Banyakkan sayuran dan protin dari ikan dan kacang soya. Latih diri untuk tenang fikiran dan gangguan emosi. Gunakan berbagai kaedah untuk menangkis stress.
Pembedahan buang rahim (hysterectomy) 
Pembedahan untuk membuang rahim dan ovari juga satu rawatan yang akhir bagi mereka mengalami penyakit endometriosis yang teruk sekali dan semua organ seperti rahim dan kilang telur telah rosak.    Ia mungkin tidak berfungsi lagi dari segi kesuburan dan daya upaya untuk hamil.   Di samping itu ia menyebabkan masalah kesakitan yang amat sangat setiap bulan ataupun secara berterusan dan mengganggu kerja harian.  Ia mungkin juga menimbulkan gangguan haid yang tidak terkawal yang mengganggu kehidupan seharian, hubungan suami isteri dan juga mengganggu wanita-wanita kita untuk membuat amal ibadah.

Jika keadaan demikian berlaku, tidak ada pilihan lain melainkan melakukan pembedahan besar iaitu untuk membuang rahim serta kilang telur. Pilihan ini biasanya kita tangguhkan sehingga wanita itu sampai ke umor 40 lebih tetapi dalam keadaan yang luar biasa dimana penyakit itu sangat teruk, kita juga melakukan pembedahan ini diperingkat tiga puluhan tahun.

Rumusan
Penyakit endometriosis ini ialah satu penyakit yang aneh di mana banyak perkara yang tidak ketahui tetapi ia menimbulkan berbagai-bagai masalah pada wanita.    Kita tidak tahu mengapa darah kotor berkumpul di belakang rahim dan di kilang telur.      Ada setengah pakar-pakar perubatan Islam yang beranggapan bahawa darah ini adalah makanan jin dan mungkinkah ada kaitan orang halus ini mengganggu peranakan seseorang wanita dan mengganggu agar ia tidak boleh mempunyai zuriat.     Oleh itu kaedah-kaedah rawatan alternatif juga perlu dilakukan serentak dengan cara cara moden, kaedah perubatan Islam, kaedah ubat ubat tradisional selagi cara-cara tradisional ini tidak menyebabkan syirik ia boleh diamalkan.    Mungkin terdapat ubat-ubat herbal yang belum dikenalpasti lagi yang mungkin masih ada di hutan kita yang berpotensi untuk merawat penyakit endometrosis dan memulihkan keadaan subur seperti biasa.

Sumber
Read more
Monday, August 11, 2014
PANDUAN MEMILIH KOLAGEN TERBAIK!!! Pastikan Kolagen Anda Menepati Garis Panduan

Terlalu banyak kolagen di pasaran. Semua menjanjikan kulit & kesihatan yang lebih baik selepas mengambilannya. Ada yang pening nak pilih yang mana. Pastinya sebagai pengguna anda mahu yang terbaik. Hari ini saya kongsikan sedikit panduan memilih kolagen yang terbaik. 


8 garis panduan memilih kolagen yang terbaik

1) Lebih baik pilih dalam bentuk makanan atau minuman berbanding yg kolagen yg disuntik. Ini utk memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan ke dlm tubuh badan

2) Pilih size kolagen sekurang-kurangnya 1000 dalton dan ke bawah. Microfine size mmbantu penyerapan yang baik kerana size ini adalah paling optimum diserap oleh sel, maka setiap kolagen yang di ambil up to 100% diserap dan memberi kesan yang  lebih cepat.


3) Pastikan setiap pemilihan kolagen mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci kelempaban yang berpanjangan.
4) Pastikan kolagen mempunyai antioksidaan yang tinggi untuk mengurangkan kesan pra-penuaan

5) Pastikan supplemen itu mempunyai elemen vitamin B-Complex untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri

6) Kolagen juga penting utk kekal cantik tapi pastikan ia ada kandungan glucosamine utk kesihatan sendi.

7) Pastilkan setiap kolagen itu mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin.

8) Last but not least, pastikan ia selamat dan tidak bertoxin





Credit



Alhamdulillah.. Shaklee Collagen Powder menepati semua syarat di atas!




Apa berbezaan Shaklee?
Pastinya ianya SELAMAT, BERKESAN & MESRA ALAM. Ujian klinikal dijalankan ke atas pengguna Shaklee Collagen Powder : 

>>>Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu*

Meningkatkan kelembapan kulit ~ 90%
Mengurangkan kekasaran & kekeringan ~ 75%
Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan ~ 71%
Meningkatkan kelembutan & kelicinan ~ 69%
Meningkatkan pemakaian kekal mekap ~ 60%
Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti ~ 55%
Meningkatkan ketebalan rambut ~ 54%
Meningkatkan keserian, tona & warna kulit ~ 50%
Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutan

Faedah tambahan :: menyokong kesihatan sesendi dan menguatkan tulang.Membantu mengekalkan otot di dlm mata supaya lembut.
Sungguh berbaloi membeli Shaklee Collagen Powder ni, sebabnya kalau anda ke salun/spa untuk satu sessi rawatan mungkin melebihi RM200. Itu satu sessi, kalau byk sessi? Dah lagi, dengan mengamalkan Shaklee Collagen Powder, bukan saja kulit wajah cantik berseri, tapi impaknya seluruh badan, membantu melembutkan kulit2 kasar dibahagian siku, lutut. Ia juga membantu menghilangkan mata panda, kesan gelap di celah pelipat seperti bawah ketiak dan paha (ramai wanita mengalami masalah ini). Memang berbaloi! 



Jom dapatkannya segera, boleh hubungi saya :
Email Gmail :nadiahanimpaka@gmail.com
Call/Whatsapp : 017-9090295

Facebook : Nadia Muba

Saya Shaklee Independent Distributor  [Shaklee ID : 1095456]. Anda boleh menghubungi saya untuk dapatkan konsultasi & order. Anda boleh menggunakan ID saya untuk pembelian harga istimewa di semua cawangan Shaklee seluruh Malaysia.

Read more

Popular Posts