Assalamualaikum & Selamat Malam..
Hehehe lama tol bersawang blog Nadia ni kan....bila dah jarang2 menaip mulalah mai rsa malaslah n bla2...but now mood nak menaip dah membuak2..meh nak sharing ngn kawan2 tersayang yang punyai masalah berat badan dan nak sangat kurus...;-)
4 Produk Slimming Shaklee Yang Mengelirukan Pengguna
Sekarang heboh dengan fenomena Shaklee.
Shaklee sana, Shaklee sini... Mana – mana pergi tengok Shaklee.
Semua orang promote Shaklee.
Sepertimana diketahui ramai, Shaklee ni ada few products yang di promosikan sebagai “Set Diet” atau “Set Kurus”. 4 produk tersebut adalah, Lecithin, OmegaGuard, ESP dan Cinch Shake Mix.
Bukan seorang dua customer yang kata :
“Saya baru seminggu ambik Lecithin, setiap hari, 6 biji, untuk kuruskan badan. Tapi kenapa saya jadi kuat makan?”
“Cinch ni bukan mengenyangkan ke ? Kenapa lepas ambik tu saya tak rasa kenyang pun ? Saya jadi kerap rasa lapar lagi la..”
Dan ramai lagi la yang complaint. Mostly benda yang sama, jadi cepat lapar, jadi kuat makan, tak rasa kenyang. Ni mereka – mereka yang baru mencuba 4 produk tersebut, ada yang baru 3-4 hari, ada yang seminggu dua..
Dan kerana itu, mereka-mereka ni pun stop la mengambil produk – produk ni, kata mereka produk ni tak berkesan !!!
Is it ??? Memang betul tak berkesan ke ???!!! Mengelirukan je kan ???!!!
Jom saya explain...
Nak tahu kenapa anda berasa cepat lapar, tak kenyang & kuat makan ?
TAHNIAH !
4 produk tersebut telah berjaya meningkatkan kadar metabolisma tubuh anda !
Makanan (kalori) yang anda ambil cepat dibakar untuk mendapatkan tenaga.
Amende la Metabolisma ni ?
Metabolisma adalah satu proses badan dimana makanan yang diambil ditukarkan kepada tenaga.
Badan kita memerlukan tenaga untuk melakukan aktiviti seharian, termasuklah semasa kita tengah berehat – rehat.
Rehat pun perlukan tenaga ke ?
Cik kak, kalau tenaga takde, camana paru – paru nak mengembang mengecut untuk aktiviti pernafasan ? Camana jantung nak mengepam darah ke seluruh badan ? Macam mana usus nak menggerakkan najis ? Macam mana sel – sel badan nak membiak & membaiki sel – sel yang rosak ? Semua tu perlukan tenaga !
Kenapa anda gemuk ?
Sebab anda ambil banyak kalori tapi kalori tersebut tidak dibakar. Bila kalori yang anda ambil adalah berlebihan dan tak dibakar, ia akan ditukarkan kepada lemak untuk disimpan.
2 cara untuk menurunkan berat badan ialah :
# Kurangkan kalori yang diambil.
# Bakar lebih banyak kalori yang diambil dengan aktiviti fizikal.
2 perkara ni ingat senang ke orang – orang kita nak buat ? Trust me, takde yang mematuhinya. Takde yang sanggup pun. Termasuk saya, termasuk juga anda yang membaca post saya ni...
So macam mana nak kurus ?
Alternatif yang kita boleh go to adalah dengan fokus kepada apa yang boleh meningkatkan kadar metabolisma badan kita. Kalau kadar metabolisma ni meningkat, lagi banyak la pembakaran kalori. Kurang jumlah makanan yang disimpan sebagai lemak.
Mudah kan ???
Bagaimana nak tingkatkan kadar metabolisma kita ?
Pertama – Exercise
Aerobik, berjalan – jalan, jogging, swimming, jumping... mana – mana aktiviti exercise la... At least 30 minit sehari. Kalau tak boleh jugak, 10 minit pun jadi la..
Pun susah jugak ?
Gardening je la, kemas – kemas rumah, cuci tandas, cuci kereta, masak – masak, main kejar – kejar ngn anak...
See, takde alasan untuk tak exercise. Jangan nak duduk tengok sinetron je, masak pun malas, nak kemas rumah apatah lagi, baring guling – guling je atas katil, memang takkan la kurus pun ! Beli la slimming produk mana – mana pun, takkan berkesan jugak !
Psst... jangan tak tau, having sex pun exercise tau ! Kerap la bersama suami ye... hehehehe...
Kedua – Bina Otot
Ni tak la bermaksud anda kena pegi gym, bina badan macam Malek Nor tu... takyah nak ketul2 sangat la...
Daripada bina lemak (adipose tissue), baik bina otot. Sebab otot membakar lebih banyak kalori berbanding adipose tissue.
Camana nak bina otot ? Simple peeps... jangan meremehkan diri. Ambik makanan yang tinggi protein, sebab protein membina tisu – tisu otot.
Ni lah kepentingan Cinch Shake Mix dan ESP Shaklee yang korang dah plan nak buangkan tu...
Cinch Shake Mix
Berprotein tinggi. Padat multivitamin. Diperkaya dengan Leucine. Leucine ni la yang membantu membina lebih banyak tisu otot tau ! Tak percaya, sila la google. Tak paham apa dia cakap, boleh tanya.
ESP Soy Protein Isolate Powder
Hah.. sumber protein yang tinggi jugak. Lagi bagus sebab sumber protein nya daripada tumbuhan (soya).
Ketiga – Ambik makanan yang memerlukan lebih banyak tenaga untuk dicerna
Contoh : Protein ! Tubuh kita bakar 2x ganda kalori untuk mencernakan makanan yang berprotein tinggi berbanding makanan tinggi karbohidrat dan lemak.
Susah nak pilih makanan apa tinggi protein ?
Mudah... ESP Shaklee & Cinch Shake Mix kan ada !!!
Keempat – Makan sikit-sikit, complete tapi kerap
Haaa, bila dah kerap lapar sebab ambik 4 produk ni tadi, anda jadi kerap makan la kan ?
Cuba nilai balik makanan yang anda ambik ?
Lapar setiap 2 jam, then setiap 2 jam tu jugak makan nasik sepinggan, pastu mee goreng, tambah lagi dengan donut 3 biji ...
Tu bukan makan, melahap namanya... tinggi mana pun metabolisma, tetap jugak kalori tu berlebihan jadinya.
Makanan yang anda ambil tu kena lah mini meal yang complete. Cukup karbohidrat, sayur, protein.. tapi semua dalam kuantiti yang sedikit. Guna pinggan yang kecil...
Kalau nak safe, ambik makanan yang high fibre time lapar – lapar tu, sementara tunggu nak makan main meal (lunch, dinner).
Contoh high fibre foods :- oat, nestum, cornflakes.. etc.. ni boleh google sendiri. Takyah saya nak bagitahu semua benda.
Kelima – Gunakan power of EPA & DHA (Omega 3 fatty acids)
Korang-korang semua, ni lah kandungan utama OmegaGuard yang korang dah plan nak buang jugak tu !
Ruginya la kan ??? Benda baik disingkirkan... ish..ish..ish....
Tau tak, kajian daripada University of Western Ontario membuktikan bahawa 300mg EPA & DHA ni mampu membakar 400 kalorie sehari tau !
OmegaGuard yang anda makan tu sebiji dia lebih kurang 330mg EPA & DHA. Cuba pakar – pakar matematik sekalian kira berapa jumlah kalori yang anda bakar dalam sehari dengan pengambilan OmegaGuard ni ???
Keenam – Uraikan lemak
Teknik ni nak kena ambik Lecithin. Sebab Lecithin membantu menguraikan lemak supaya senang dicerna atau dibakar untuk dijadikan tenaga. Simple ... straight forward !
Haaa... baru terbuntang bijik mata ???!!!
Masih ada rasa nak membuang semua – semua produk tu ?
Kalau taknak, bagi kat saya je !
Nak kurus kena disiplin...
Nak berjaya kena disiplin...
Nak kaya pun kena disiplin...
Sumber : www.webmd.com
Nak order 4 produk tadi ?
Hubungi saya
NADIAMUBA
SID 1095456
0179090295
NAK KURUS PUN KENA ADA ILMU
- By Unknown
- 7:06 AM
- 0 comments
- Berat Badan, Cinch® Shake Mix, Kesihatan Jantung, Nutrisi Penting, Pemakanan Sihat, Penjagaan Berat Badan
Tagged
Nadia Hanim Menulis
Saya Nadia Hanim bt Mohamad pengedar sah SHAKLEE anda no. ID 1095456. Jom CANTIK dan SIHAT bersama Shaklee (Selamat Mesra Alam dan Berkesan) bukan hanya sekadar MENJUAL SUPPLEMENT SHAKLEE tetapi berkongsi ilmu mengenai KEBAIKAN SUPPLEMENT SEMULAJADI.
0 comments