Open top menu
Monday, May 25, 2015
ULSER MULUT ANAK 4 TAHUN

Assalamualaikum...

Hari ni nak sharing pengalaman anak syurga yang ketiga kena ulser mulut. Dua hari lepas yang perasan sebab dia mula merengek jer malam..nak ibu...nak ibu...biasa ok jer tidur.

Esok pagi buatkan sarapan dia tolak..bagi biskut pun tak nak, nasi pun tak nak..biasa antara dia dan adik-beradik lain dialah yang paling kerap minta nasi.

Bila dah kena ulser mulut, terus hilang selera makan.Mulut pun jadi kering.kesiannya tengok dia..dari tembam pipi terus dah makin kempis..perut pun nampak leper dah.Hati ibu mana yang tak risau tengok keadaan anak macam tu kan.

Semalam suruh papa pergi farmasi belikan ubat sapu kat mulut anak. Dah sampai rumah nak letakkan ubat pun jenuh bersilat kepung dia.Anak syurga ketiga ni memang susah sikit nak letak ubat-ubat.Kena main psikologilah untuk lancarkan proses letak ubat.
Cakap macam-macam kalau kakak x nak sapu ubat nanti misi mari rumah cucuk, kalau tak nak sapu ubat tak dapat balik kampung...apalagi semualah keluar idea asalkan misi berjaya untuk letakkan ubat sapu kat mulut dan lidah anak.

Sedih ibu dengar dia dok merengek jer..minta nak duduk dekat ibu..(*masa tulis ni pun air mata bergenang)...kalau boleh pindahkan kesakitan tu...biar ibu jer yang tanggung sayang..bukan dirimu.Anak kecil berusia 4 tahun apalah yang dia tahu..sakit jer menangis dan minta dibelai,diusap untuk dapatkan perhatian ibu.

Punca UTAMA ulser mulut ni bakteria@kuman yang berkumpul dalam mulut dan kekurangan air.Bila cari info kat google baru ku tahu salah satu sebab juga kurang kebersihan di kawasan gigi dan mulut.Kena pastikan rutin harian gosok gigi secara betul.Part sini kuakui kadang-kadang terlepas pandang nak gosokkan betul gigi dan lidah anak.Maafkan ibu sayang...dah kena macam ni..tak boleh nak patah balik dah..apa yang perlu buat..sabar layan karenah anak yang tak sihat dan cuba sebaik mungkin untuk rawat anak.

Antara yang saya buat bila anak kena ulser mulut, pastikan badan dia cukup air.Cara nak tahu cukup ker tak air tengok bibir anak..kalau kering sangat itu anak memang tak cukup air..kesan badan akan akan jadi sangat lemah..

Buatkan sup ikan..atau kuah masak lemak yang anak boleh hirup...boleh bantu untuk bagi tenaga untuk dia.
Cara lain masa mandikan anak kena gosok gigi dan lidah anak,buat secara perlahan dan betul.

Letak ubat sapu 3 kali sehari dan pantau suhu badan anak.Sebab bila antibodi dah lemah, anak mudah kena demam.

Ibu pun kena kuat semangat dan layan apa anak nak...serta doakan anak cepat sembuh.

Cuba berikan yang terbaik untuk anak syurga pinjaman yang diberikan olehNya.

Read more
Saturday, May 16, 2015
TIPS HASILKAN SUSU BADAN

Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :


1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.
2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.
3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu
4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.
5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.
6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.
7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.
8. Petua masyarakat kita:
  • Cekur Manis ----Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. 
  • Kacang Tanah ----- Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini
  • Air Longan ---- Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.) or longan segar yang jual kat pasar.. tp jgn bebyk karang sakit tekak plak.
  • Halba dan Jintan Hitam ---- Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba
  • Bunga Melur ---- Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.
Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. – melur.comLobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik.
  • Lobak Putih ---- Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam. 
  • Pucuk Betik ---- Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
  • Tuaman Daun Sirih ---- Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak
  • Jantung Pisang ---- Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan… Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.
  • Makanan Tinggi CLA ---- Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.
Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.
Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput – bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.
  • Kurma --- Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu
  • Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu
  1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
  2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
  3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
  4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
  5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.
  6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
  7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
  8. Barli – air atau bubur barli.
  9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
  10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
  11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
  12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
  13. Air horlicks
  14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. – Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
  15. Teh hijau jepun
  16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
  17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
  18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.
  19. Ubat homeopati.
  20. Durian - jgn byk sgt.. takut bby tak tahan panas.. buat serawa pun boleh...

Ingin mencuba MILK BOOSTER?

Hubungi : Nadia Hanim Mohamad ( SID : 109 5456)
Tel/Wassup : 017-9090295


Sumber dari ainaz-azidah.blogspot.com
Read more
PENYIMPANAN DAN PENGENDALIAN SUSU IBU PERAHAN

EBM - Penyimpanan dan Pengendalian Perahan susu Ibu
Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.





ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH

* EBM = Expressed Breast Milk
* Fresh EBM = Susu yg baru diperah
* Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi
* Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku

BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI

* bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
* bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
* breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
* Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Nak tau di mana boleh dapat bekas penyimpanan ni boleh terjah ke blog DUNIA SUSU IBU. Sana banyak info diberikan.

Apabila susu telah disimpan di dlm bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dgn lebel.

* Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Kuantiti susu yang diperah
* Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

TEMPAT PENYIMPANAN

SUHU BILIK?

* Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dr 4 jam
* Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam

catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.

- picture from mama Muzfirah @ http://mom2muzz.blogspot.com/2009/12/storing-breast-milkthawing-frozen.html

FRIDGE/FREEZER?
Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (-20 °C) - 3 bulan

- pintu bawah(rak paling atas) (2 °C- 4 °C)

(sebelum dibekukan) - 3-5 hari (hari yg ke 5, masukkn terus ke bahagian beku)
(selepas dibekukan>>chiller) - 24 jam
Deep freezer, tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun

BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

PERINGATAN:
* susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
* susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

TIP DAN CARA PENYIMPANAN

Di Pejabat

* Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
* Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais

Di Rumah
Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.

* Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
* Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.





JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!

* Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
* Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan


http://irrfiqa.blogspot.com/
http://www.momschoice.com.my/blog
http://whenmayend.blogspot.com/

==========================================================

Teknik betul beri SIP(susuibu perahan) oleh pengasuh
Oleh Masmarissa Ciut


Susu ibu adalah makanan bagi bayi dan kerjasama pengasuh amat diperlukan sepanjang 2 tahun tempoh penyusuan.Panduan ini perlu kita berikan kepada pengasuh diharap sedikit sebanyak dpt membantu mengendalikan penyusuan bayi dgn baik.


  1. Elakkan memberikan SIP ketika bayi menangis.bayi mungkin hanya memerlukan perhatian pengasuhnya.
  2. Lihat tanda-tanda bayi mahukan susu seperti kelihatan resah dan mula menghisap jarinya.Berikannya SIP berdasarkan tanda-tanda tersebut dan bukannya mengikut jadual.
  3. Berikan bayi minum secara menegak dan kepalanya diampu menggunakan tangan dan bukannya lengan.
  4. Gunakan puting botol susu bersaiz kecil.
  5. Jangan tolak puting ke dalam mulut bayi tetapi biarkan bayi memasukkannya sendiri ke dlm mulutnya.
  6. Biarkan bayi berhenti minum dan rehat pada setiap penyusuan. Ini boleh mengelakkan bayi minum terlalu laju.
  7. Bayi yg akan menentukan bila dia patut berhenti minom. Jangan paksa dia habiskan kesemua SIP yang ada dlm botol.
  8. Jika bayi kelihatan gelisah,minta pengasuh berikannya sesudu kecil SIP yg ada didlm botol.
  9. Pada waktu-waktu peralihan bulan (growth spurt) seperti usia bayi 3 bulan dan 6 bulan,lbh byk SIP diperlukan bagi membantu pengasuh mengawal keadaan bayi yg mungkin kerap meragam.


Sumber Majalah PA&MA
Read more
Susu Ibu Otak BIJAK!

Susu Ibu adalah yang Terbaik!
Kesan penyusuan ibu ke atas kepintaran kanak-kanak semakin diakui di seluruh dunia. Menurut World Alliance for Breastfeeding Action (WABA), susu ibu bukan sahaja penting untuk kesihatan, tetapi juga untuk meningkatkan perkembangan otak. Susu ibu mengandungi segala nutrien yang penting untuk perkembangan otak:

Bagaimana Otak Berfungsi
Otak kita merangkumi banyak bahagian yang menjalankan fungsi tertentu seperti menghubungkan penglihatan, perasaan, bahasa, dan pergerakan. Dalam setiap bahagian otak, terdapat berjuta-juta neuron (sel saraf), yang menghantar mesej kepada satu sama lain melalui sinaps. Hubungan ini membolehkan pelbagai bahagian berkomunikasi dan berfungsi bersama-sama.

  • Lemak – Susu ibu mempunyai kandungan asid lemak poli tak tepu yang lebih tinggi, khususnya DHA (asid dokosaheksanoik) dan AA (asid arakidonik), yang memainkan peranan penting dalam perkembangan otak (seperti sinaptogenesis, fungsi membran, dan mungkin juga pemielinan).
  • Kolesterol – Susu ibu juga mempunyai kandungan kolesterol yang lebih tinggi. Kolesterol penting untuk memudahkan pemielinan sistem saraf pusat, yang mempunyai kandungan lipid dan kolesterol tinggi.
  • Taurina – Taurina adalah asid amino yang banyak terdapat dalam susu ibu dan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan tisu otak. Taurina juga penting untuk sintesis dan pelepasan pengutus neuro otak. Oleh sebab badan bayi sendiri tidak dapat menghasilkan taurina, adalah penting untuk memastikan si manja mendapat bekalan yang secukupnya daripada makanan yang diberikan.
Lebih Banyak Manfaat daripada Susu Ibu
  • Susu ibu melindungi bayi daripada penyakit yang boleh menyebabkan kekurangan zat makanan, dan menjejaskan pembelajaran dan pendengaran.
  • Susu ibu memastikan interaksi lebih kerap dan mendedahkan bayi kepada bahasa, tingkah laku sosial positif, dan rangsangan penting.
  • Susu ibu membolehkan perkembangan visual dan aktiviti visual lebih baik, menambah kesediaan untuk membaca dan belajar.
  • “Makanan Otak Terbaik,” Menurut Hasil Penyelidikan Hasil penyelidikan telah menunjukkan pelbagai manfaat susu ibu ke atas perkembangan otak. Jadual 1 di bawah adalah antara yang penting: Jadual 1: Kajian ke atas pemberian susu ibu dan kepintaran kanak-kanak SumberHasil Penyelidikan Rodgers, 1978 Kanak-kanak yang diberi susu ibu lebih pintar, lebih pandai membaca dan mengira, dan lebih bijak bercakap. Horwood & Fergusson, 1998 IQ lebih tinggi, prestasi lebih tinggi dalam ujian biasa, diberi permarkahan tinggi oleh guru, pencapaian lebih tinggi di sekolah. Mortensen et al., 2002 Purata markah IQ sebanyak 104 jika menyusu ibu melebihi 9 bulan berbanding IQ 99.4 bagi bayi yang menyusu ibu kurang daripada 1 bulan. Beri yang Terbaik untuk Si Manja Anda Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggalakkan pemberian susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan penuh. Selepas itu, pemberian susu ibu diteruskan dengan tambahan makanan yang sesuai sehingga si manja berusia 2 tahun dan ke atas. Adalah penting untuk anda mempertimbangkan tempoh penyusuan ibu seperti disyorkan kerana ia boleh membawa manfaat kepada perkembangan otak si manja sepanjang waktu awal hayatnya.
     
     
Rahmat Tiada Bandingan Ini adalah Satu Anugerah dari Allah
Satu lagi ciri menakjubkan air susu ibu adalah hakikat bahawa ia amat bermanfaat untuk diberi kepada bayi selama dua tahun terawal.
Maklumat penting yang hanya diketahui oleh sains baru-baru ini, telah dinyatakan oleh Allah 14 kurun yang lalu melalui ayat:
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu; ..." (Surah Al-Baqarah, ayat 233)
Si ibu tidak merancang untuk menghasilkan air susu ibu, sumber khasiat terbaik untuk bayi tidak berdaya yang memerlukan makanan dalam kandungannya, serta tidak menentukan tahap pelbagai nutrisi di dalamnya. Allah Yang Maha Kuasa, Yang Maha Mengetahui keperluan setiap makhluk dan mengasihi mereka, Yang menciptakan air susu ibu untuk bayi di dalam tubuh si ibu.

Artikel dipetik dari http://www.iluvislam.com/tazkirah/sains-a-islam/3932-susu-ibu-sebatian-ajaib.html.

===========================================================
Otak Lebih Pintar Dengan Susu Ibu
By Ayumi Yahya in Kump. Ibu2 Menyusukan · Edit Doc · Delete
 Sumber dipetik daripada http://www.mypositiveparenting.org/bm/cn_breastfeeding.html


Fahami bagaimana susu ibu membantu perkembangan otak.
Oleh Professor Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan.
Read more
SUSU IBU VS SUSU FORMULA

Saiz payu dara bukanlah suatu masalah. Payu dara yang lebih besar bermakna ia mengandungi lebih banyak tisu lemak. Ini tiada kaitannya dengan penghasilan susu. Jarang sekali seseorang wanita itu dilahirkan dengan kekurangan tisu glandular sehingga boleh menjejaskan usahanya untuk menyusukan bayi secukupnya. (Sebenarnya, wanita yang mempunyai payu dara kecil lebih mudah mengaturkan kedudukannya ketika menyusu berbanding mereka yang mempunyai payu dara yang besar).
Apabila bayi anda dilahirkan, ia pasti akan mendapat susu yang cukup, jika:

  • Ia disusukan sekurang-kurangnya 10 -12 kali sehari.
  • Menjelang hari ketiga, bayi akan membuang air kecil sekurang-kurangnya 3 - 4 kali sehari dan air besar sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari. Pada hari ke 6 bayi akan membuang air kecil 6 - 8 kali sehari dan air besar 2-3 kali sehari.
  • Air kencing berwarna kuning pucat dan bukannya berwarna kuning pekat atau berwarna oren.
  • Bayi akan kehilangan tidak lebih 10% dari berat badannya semasa lahir, dan memperolehinya semula semasa melakukan pemeriksaan di minggu kedua . Selepas itu berat badannya akan stabil.
  • Bayi akan tidur lena selepas menyusu dan kelihatan sihat dan ceria.
Jangan merasa risau semasa menyusukan bayi. Bayangkan yang anda sedang menyusukan bayi anda dan susu anda mengalir dengan begitu baik. Semuanya akan berjalan dengan baik.

Read more
Mengapa susu badan dianggap terbaik?

Susu ibu dan susu formula (susu tin) adalah berbeza. Susu ibu bukan sahaja menyediakan kesemua protein, gula, lemak dan vitamin yang diperlukan oleh bayi untuk menjadikannya sihat, tetapi faedah-faedah lain yang tidak terdapat di dalam susu formula. Ia membantu melindungi bayi dari serangan sesetengah penyakit dan jangkitan. Disebabkan bahan-bahan perlindungan yang terdapat di dalam susu ibu inilah, maka kanak-kanak yang diberi susu ibu jarang sekali diserang penyakit/masalah berikut:

  • Jangkitan dalam telinga (otitis media)
  • Alahan
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Pneumonia, bunyi ronkus, bronkiolitis
  • Meningitis
Kajian juga telah menunjukkan bahawa penyusuan dengan susu ibu dapat melindungi bayi dari serangan Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS).
Faedah.faedah susu ibu yang lain, termasuklah:
  • Mudah untuk dihadamkan oleh bayi.
  • Tidak perlu disediakan.
  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan sentiasa terdapat bekalan yang mencukupi.
  • Ia baik untuk alam sekitar kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak yang perlu dibuang ke dalam tong sampah. 

Penyusuan susu ibu juga dapat memberikan sentuhan fizikal, menjalin kemesraan dan mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayinya.
Dari segi kesihatan terdapat banyak faedahnya:
  • Membakar lebih banyak kalori dan membantu mengembalikan semula berat badan anda yang dahulu dengan lebih cepat.
  • Mengurangkan risiko mendapat kanser ovari dan kanser payu dara di kalangan wanita yang belum putus haid.
  • Membina kekuatan tulang serta mencegah kepatahan tulang ketika usia lanjut.
  • Melambatkan kedatangan semula haid selepas bersalin, oleh itu dapat menjarakkan kehamilan (anda perlu ingat bahawa menyusukan bayi sahaja tidak dapat mencegah kehamilan).
  • Membantu rahim kembali kepada saiz asalnya dengan cepat.
Lebih lama anda menyusukan bayi anda dengan susu sendiri, lebih banyak kebaikan yang akan diperolehi oleh anda dan bayi, dan lebih lama pula kebaikan itu dapat bertahan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pakar-pakar kesihatan menyarankan ibu-ibu supaya menyusukan bayi mereka seberapa lama yang boleh, satu tahun atau lebih lama, kerana susu ibu merupakan pemakanan yang terbaik di samping dapat melindungi bayi dari serangan penyakit atau jangkitan.
Read more
Thursday, May 14, 2015
WAJIB BACA 10 SEBAB KENAPA BAYI PERLUKAN SUSU IBU

Bismillahirrahmanirrahimm......

Kenapa yer penting sangat susu ibu ni? Sebelum ni memang saya tak pernah nak ambil kisah.Semasa menulis entri ni saya dah punyai 4 anak syurga. 3 anak sebelum ni memang tak lama menyusu mereka, yang sulung tak sampai pun 6 bulan, yang kedua 6 bulan sahaja, yang ketiga ingat-ingat dalam setahun lebih macam tulah....maafkan ibu sayang, tak menyusukan kalian sampai umur 2 tahun.

Better Late Than Never!!

Ya...itu apa yang saya lakukan untuk anak syurga saya yang ke-4.Masa tak boleh nak putar balik, tetapi saya dah pasang niat untuk jayakan misi penyusuan eksklusif dari sekarang.Sekiranya ditakdirkan ada lagi rezeki punyai anak..ya saya ingin menyusu badan sepenuhnya.

Teruja dan ghairah bila tahu kenapa perlu bayi susu badan sejak dari awal kelahiran....meh saya nak kongsi dengan anda..Semoga bermanfaat buat kita semua yer.

Tak cukup lagi? Meh nak berikan lagi 10 sebab kenapa bayi perlukan susu ibu :

  1. Ia mudah dan cepat ( tak perlu botol, nak sukat & nak kocak2 )
  2. Ia melindungi bayi dari penyakit, virus, sakit perut, dan jangkitan serta mengurangkan risiko mereka untuk mendapat alergi dan lelah ( asthma )
  3. Susu ibu mengandungi oxytocin ( love hormone ) yang membantu membina hubungan erat antara ibu dan bayi. 
  4. Ia mengandungi lebih 400 vitamin, mineral, lemak dan protin yang tidak boleh ditemui dalam mana-mana susu formula di pasaran.
  5. Bayi yang minum susu ibu mempunyai tahap IQ yang lebih tinggi berbanding bayi yang minum susu formula ( lebih lama bayi menyusu lebih tinggi tahap IQ nya )
  6. Susu ibu dihasilkan bersesuaian dengan keperluan nutrisi dan imunisasi badan bayi.
  7. Susu ibu melindungi bayi dari SIDs ( Sudden Infant Death Syndrome atau bayi mati mengejut )
  8. Ia membakar lebih dari 500 kalori sehari. Jadi, menyusu badan adalah cara paling cepat untuk menurunkan badan selepas bersalin.
  9. Susu ibu mengandungi protin dan lemak istimewa yang menggalakkan perkembangan otak bayi yang tidak boleh ditemui dalam mana-mana susu formula di pasaran.
  10. Susu ibu adalah 100% percuma dan menjimatkan kos perbelanjaan harian.

Saya juga amalkan set milk booster untuk melengkapkan keperluan nutrisi saya sepanjang penyusuan. Saya merasakan amat perlu untuk mengambil suplemen tambahan kerana sedar makanan yang diambil setiap hari tak mampu penuhi nutrisi untuk susu badan saya. Yelah....sayur memang saya kurang makan, buah-buahan pula bukannya setiap hari diambil. InsyaAllah, suplemen set milk booster ni bukan sahaja bantu tambahkan susu badan saya, malah susu lebih pekat, badan rasa makin cergas,kulit muka bertambah sihat dan kurang tekanan semasa penyusuan.

Perlukan khidmat konsultasi @ berminat untuk mencuba set milk booster ?

Boleh hubungi saya :

Fb : Nadia Muba
Wassup / Tel : 017-9090295
email : nadiahanimpaka@gmail.com
Read more
Saturday, May 9, 2015
MASALAH SEMBELIT buat perut rasa senak!

Entri nak tulis malam ni pun boleh tahan nak boleh siap. Anak-anak syurga mata pakat cerah lagi tak nak tidur. Malam ni nak kongsikan pengalaman sendiri yang punyai masalah sembelit sekian lama dulu.

Sembelit dan perut buncit ni memang masalah yang tak dapat nak dielakkan lagi. Sebelum kahwin memang dah ada masalah sembelit. Sejujurnya diri saya memang jenis yang bukan setiap hari makan sayur. Buah pun boleh dikira berapa kali sahaja makan dalam seminggu. Dulu sebelum kenal Shaklee, air masak lagilah susah nak minum.



Sampai satu tahap bila dah tak membuang sampai seminggu ke atas, perut rasa senak sangat.Sungguh tak selesa. Rasa macam nak membuang, tapi tak keluar-keluar jugak. Saya pula bukannya yang jenis suka lama-lama duduk dalam tandas.Sekali kalau keluar, alahai sedikit jer.

Najis yang sangat sihat berupa pisang (melengkung), berwarna sedikit kekuningan (makin cerah makin sihat), terapung dan boleh digunakan untuk menampung kita berenang..haha takde la, panjang kira2 2cm lebar dan 15 cm panjang dan tanpa bau yang kuat. Najis sebegini mengandungi serat yang tinggi. Macam najis bayi, berwarna kekuningan tetapi lembik. Masih merupakan najis yang sihat kerana bayi cuma menyusu dan tidak memakan makanan berserat tinggi seperti roti dan buah-buahan. Sekiranya najis anda berupa seperti di atas, maknanya najis anda sihat.. perut anda pun sihat :)




Najis yang tidak sihat pulak, tenggelam, berwarna gelap, berbau busuk, terlalu keras atau terlalu cair dan beserta kentut yang berbau. Perut anda memang mengalami masalah sekiranya najis anda berupa sebegini. Pengambilan makanan tidak sihat seperti cuka ,pewarna dan perasa berlebihan akan menyebebkan bahan kumuh anda seperti di atas. Bahan makanan yang tidak dibasuh dan dimasak (tercemar) dengan betul juga merupakan penyebab utama. Bakteria dan kuman pada makanan akan bertindakbalas dengan bakteria di dalam perut, menyebabkan terhasilnya gas nitrogen. Bau busuk pula disebabkan gas nitrogen tersebut dibiar terlalu lama di dalam usus bersama bahan kumuh yang lain. Kalau lama sikit anda tahan kentut,mungkin anda berupaya menggerakkan belon udara sendiri. Haha..


Najis yang cair disebabkan tindakan bakteria yang aktif beserta kandungan asid yang tinggi akibat bahan kumuh yang dibebaskan bakteria.
*maaf yer kalau kurang selesa ayat saya...tapi itulah yang sebenarnya hakikat bila perut dan usus tidak sihat.

Alhamdulillah syukur sangat dapat cuba Herb Lax Shaklee.Herb Lax sangat berkesan membantu masalah sembelit dan perut buncit tau.Dalam hati terdetik, kenapalah saya tak jumpa awal suplemen terbaik ni.



Formulasi Herb Lax ni terdiri herba semulajadi.



Sifatnya yang menggalakkkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Ia tergolong dalam kategori julab yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi menyingkirkan toksin dari usus.

Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis. Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.


Ada 9 jenis herba semulajadi: alfalfa leaves, senna leaves, anise seeds, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver's root.
  1. Senna Leaves - Merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
  2. Buckhorn Bark - Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.
  3. Licorice Root - Membantu proses detoksifikasi
  4. Fennel Seeds- Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk mengatasi masalah sembelit dan kembung perut atau usus.
  5. Anise seeds - Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.
  6. Rhubarb Root - Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik semulajadi.
  7. Blue Malva Flower - Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
  8. Culver's Root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.
  9. Alfalfa leaves - Membersihkan usus, darah dan hati

Kebaikan Herb Lax

  • pembersihan najis yang tersekat
  • merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  • membantu masalah sembelit
  • tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.
  • mengempiskan perut.
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba. 

Testimoni Pengguna Herb Lax











Bagi anda yang mempunyai masalah sembelit dan perut buncit saya cadangkan anda untuk mencuba Herb Lax ini.InsyaAllah sangat selamat dan berkesan. Ikhtiar untuk tambahbaik kesihatan, semoga dipermudahkan.

Hubungi saya,
Agen Sah Shaklee Paka
Nadia Hanim Mohamad
ID : 1095456
Wassup/Tel : 017-9090295

Read more

Popular Posts